Teks & Foto: Noryani Ab Hamid
11.35 am-Sedang aku ayik mengadap skrin komputer, tiba-tiba tiit, tiit bunyi message di telefon aku masuk. lalu aku pun membuka dan membaca pesanan tersebut.
Customer ; Assalamualaikum, nak tanya pasal Desecret Pewangi Dobi. Location
Senggarang.
Aku: Alhamdullilah, bisik hati aku. Lalu aku pun membalas. Walaikumussalam, saya
Yaniz, siapa nama sis?.
Customer: Sorry, bukan sis. Saya Halim.
Aku: Maaf Encik Halim, saya fikir sis, jarang orang lelaki pm nak pewangi, balas pesanan
aku. Lalu aku pun memberi penerangan. Desecret Pewangi Dobi@ Pewangi
Serba Boleh ini boleh di semburkan di mana-mana fabrik, seperti pakaian, langsir,
sofa,tilam, bantal, carpet atau di dalam kereta pun boleh. Baunya wangi, tahan
lama, menjimatkan dan pastinya serba boleh, sebotol RM 16.50 isipadu 250ml.
Encik Halim: Ok petang ni kita jumpa dalam pukul 5.00 lebih
Aku: Petang dalam pukul berapa ya Encik Halim? sebab saya kene ambil anak di rumah mak mertua.
Encik Halim; Tengah berkerja ke sekarang?
Aku: Ya, saya kerja di Jabatan Pertanian jalan Parit Botak yang banyak pokok kelapa. Encik Halim nak cuba berapa botol?
Encik Halim: Ok, saya nak cuba satu botol dulu.
Aku ; Ok Encik Halim, nanti kita jumpa ya. balas aku
---------
1.30 pm
Encik Halim; Saya on the way ke Senggarang
Aku; Ok Encik Halim.
Encik Halim: Saya di depan Jabatan Pertanian.
Aku; Ok Encik Halim, sekejap ya.
Lalu aku pun start kereta untuk pergi jumpa En Halim di hadapan pintu masuk pejabat.
Aku: Assalamualikum, Encik Halim, maaf ya lambat sedikit, ini ia Desecret Pewangi Dobi
tapi saya nak ambil gambar ya, nak promote di Fb.
En Halim; Ok.
Aku; Lantas aku capture gambar dan sekali lagi aku ucapkan terima kasih.
En Halim; Satu pejabat dengan kak Siti ya?
Aku; Ya, satu pejabat
En Halim: Kenal Idy?.
Aku: Ya kenal Encik Idy bos saya.
En Halim; Saya kawan dia, tinggal di Parit Mahang.
Aku; Allah kecilnya dunia ini sahut aku. Aku pun meminta Fb En
Halim untuk aku promote Desecret.
Encik Halim: alamat Fb saya "Kang Halim".
Aku; Ok, Encik Halim, nanti saya add ya, dan terima kasih sekali lagi.
Lalu aku pun beredar dan naik ke pejabat.Di pejabat aku, mencuri masa sekejap untuk membuat design ala-ala tq card. Seusai siap aku pun tag Encik Halim dengan design yang aku buat. Moga-moga persahabatan aku ini berpanjangan dengan urusan bisness. In Sha allah dan semoga Yaniz Hamid Online shoppe akan beroperasi secara online sepenuhnya suatu hari nanti. Aku sangat berharap semoga aku dapat mengapai cita-cita aku suatu hari nanti.Aamiin Ya Rabb.
Gambar di atas, En Halim.
No comments:
Post a Comment