Showing posts with label Dropship Online Book. Show all posts
Showing posts with label Dropship Online Book. Show all posts

Tuesday, 29 December 2015

Bisness Cara Kami

Orang kita kata:
"Nak hidup senang, kena banyak simpan duit"

Dalam Islam:
"Nak hidup senang, kena banyak keluar duit (sedekah)" 

Orang kita kata:
"Dah kaya, baru bantu orang miskin"

Dalam Islam:
"Nak kaya, kena bantu orang miskin" 

--- Dari buku "Bisnes Cara Kami" by Raffelinna

KAMI CABAR Anda!

Monday, 9 November 2015

BUKU HIDUP LUARBIASA

Kali ini saya kongsikan REAL fact. Tidak mahu selindung-selindung lagi. Ketahuilah bila masuk bisnes terutamanya 3 tahun pertama, mengambilkira kita kurang pengalaman & kurang ilmu, ini REALITI yg bakal anda lalui :
- hujung bulan, tiada siapa yg akan hulur duit bayar bil & ansuran rumah anda. No money hujung bulan as usual. So kita must plan dari awal bulan utk itu.
- No more 'sabtu ahad' hari cuti atau kerja 8-5 sahaja. Bisnes kena aktif tiap-tiap hari. Pagi hingga tengah malam.
- Jika waktu kerja anda fikir dah banyak kerja, bila masuk bisnes anda akan berhadapan lagi banyak kerja. 10 KALI GANDA.
- Tekanan? Ya ada dan sangat tinggi, sebab dulu anda hanya fikir nak bayar bil sensorang, kini anda akan fikir bil orang lain (gaji pekerja).
- Anda nak berbisnes sebab nak rileks? Jangan harap. Disini anda perlu menguras tenaga 120%. Anda perlu luarbiasa kreatif. Anda perlu luarbiasa open kpd semua orang. Anda perlu luarbiasa tabah & sabar.
- Kalau anda jarang berdoa, kurang jaga solat, kurang berzikir, bisnes anda lebih mudah melingkut kerana 'wifi' anda dengan Maha pembuka rezeki selalu sangkut.
Ini realitinya. Tak percaya, tanya otai-otai bisnes.
Tips ini hanya akan valid jika anda nak bisnes berjaya. Kalau anda masuk bisnes atas mentaliti nak melingkup pada hujungnya atau mentaliti 'so-so', jangan percaya tips di atas.
Even, jangan masuk bisnes jika anda tak prepare mental & fizikal berdasarkan point di atas. Jika tidak anda pasti kecewa, sama seperti beratus ribu yg lain yg masuk bisnes & kemudiannya melingkup.
Sebab mereka fikir, masuk bisnes nak rileks & jadi boss!
Mereka tak perasan, dalam bisnes kita kuli nombor 1.
Cuma berita baiknya, boss kita luarbiasa : Tuhan.
.
.
Thats why Dr. Azizan Osman & saya tulis buku Hidup Luarbiasa. Nak betulkan alignment dalaman dulu sblm betulkan ilmu luaran. Selalunya orang yg betul pemikiran (ada syukur, sabar redha tawakkal doa sujud dll), bisnesnya pasti mantap.
Sbb dalamanlah yg mencerminkan luaran.
(Us Mohammad Asraff Ayob)

Monday, 21 September 2015

21 Formula Hidup Luarbiasa

[ Tak sabar nak jumpa si 'Dia' ]
.
Ada satu hari saya secara tak sengaja (dengan izin Allah) terbuka satu video youtube di facebook seorang rakan saya.
.
Bila tengok tajuknya langsung tak sangka rupanya ia adalah lagu nama-nama Allah oleh Benammi.
Beberapa kali mendengar lagu tu langsung tak membuatkan saya bosan. Ketika itulah baru saya faham apa yang pernah ustazah saya analogikan pada saya satu ketika dahulu.
Ustazah saya bertanya : Kalau kawan awak ni asyik bercerita pasal seseorang yang awak langsung tak pernah jumpa. Dan dia cerita semua perkara yang baik-baik contohnya seperti dia sangat baik hati, pemurah, penyayang, penyabar dan bla bla. Apa yang awak rasa?
Saya menjawab : Saya mungkin ada rasa nak jumpa dengan dia.
Ustazah : Kalau satu hari awak tahu rupanya orang yang asyik kawan awak cerita tu selalu membantu awak, bayarkan sewa rumah yang keluarga awak duduk, bayarkan yuran persekolahan awak secara senyap-senyap. Apa pula perasaan awak?
Saya : Saya teringin nak jumpa dia. Tak sabar nak tengok macam mana orangnya. Nak ucapkan terima kasih dan tanya macam mana saya nak balas budinya.
Ustazah : Macam tu lah juga Allah. Allah cerita mengenai sifatnya dalam Al-Quran sebab takde manusia yang mampu menjangkau akal fikirannya nak fikir sifat Allah ni macam mana. Dalam kehidupan kita ni pun terlalu banyak perkara Allah tolong kita secara kita tak sedar. Contohnya darah kita mengalir dengan baik di seluruh tubuh tanpa gangguan urat berselirat. Jantung kita berdegup dengan baik tanpa berhenti rehat seminit dua.
Sepatutnya kita lagi tak sabar dan gembira nak jumpa Tuhan.
Sekarang ni baru saya faham significant hadis ini :
Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama, seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghafalnya) akan masuk syurga
[ HR Bukhari & Muslim ]
-Ustaz Asraff Ayob
.
.
.
‪#‎buku21formulahidupluarbiasa‬
#yanizhamdonlineshoppe
#yanizhamiddropshipbook

Tuesday, 15 September 2015

AKU, DIA & REZEKI

Teks & Sumber ; Dropship Online Book



Saya khatam membaca buku ini malam tadi. Dalam kesibukan harian, saya masih memastikan sekurang-kurangnya dapat menghabiskan satu buku dalam masa seminggu.
Buku ini sebenarnya merupakan himpunan pengalaman seorang penjual dadih yang ditulisnya sendiri. Walaupun menggunakan bahasa santai, susunannya sangat teratur. Apa yang menarik, dalam setiap peristiwa yang beliau lalui, dia akan menemukan hikmah dan pengajaran di sebaliknya.
Saya terpana membaca satu kisah di sebalik musibah. Seorang Tuan Haji telah kehilangan kasutnya di masjid lalu penulis menemuinya sedang menunggang motosikal dengan berkaki ayam. Pastinya kasut itu sangat berharga kerana merupakan hadiah daripada anaknya yang dibeli di luar negara. Namun Tuan Haji berkata, "Kalau kita redha, Allah akan tambah pahala." Allahu... teringat peristiwa diragut minggu lepas. Adakah saya redha? Di tahap manakah keimanan saya? Ada bermacam lagi kisah yang akan membuatkan kita berfikir dan terus berfikir. 
Rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh berhubung terus dengan penulisnya Abang Long
P/S: Saya tidak diminta pun membuat ulasan ini tetapi catitan ini lahir ikhlas dari hati dan pemerhatian saya. Di saat pasaran buku dilambakkan dengan novel cinta (saya tak kata semua novel cinta itu tidak berkualiti), kita perlu memilih bahan bacaan yang memberi manfaat dan tambah nilai dalam hidup kita. Wallahualam.

Buku Aku Dia Dan Rezeki RM23.00
Postage : RM7.00 
RM 30 SEMENANJUNG / RM33 SABAH SARAWAK 

AKU, DIA & REZEKI

Rezeki wanita mengandung.
.
.
Usai beratur dan membeli tiket. Saya terus masuk ke bahagian platform menunggu, di Stesen Shah Alam.
Kelihatan sebuah kerusi kosong disebelah seorang wanita. Sebelum duduk saya senyum ke arahnya. Dan wanita itu membalas senyum.
Kelihatan dia sedang mengandung. Dan dalam masa yang sama menjaga dua orang anak yang masih kecil.
Datang 2 orang remaja lelaki. Sambil menyerahkan tiket kepadanya. "Terima kasih ya dik ... Allahu Akbar." wanita itu mengucapkan penghargaan kepada dua remaja itu.
Dan dua remaja itu terus berlalu.
Tidak sampai 5 minit. Tren komuter tiba. Kami naik bersama-sama menuju ke arah Pelabuhan Klang.
Di atas tren. Saya sempat bergurau dengan anaknya yang masih kecil.
Sekali lagi kami duduk bersebelahan. "Puan nak kemana?"
"Teluk Gadong." jawabnya ringkas.
"Oh, saya pun nak turun di stesen tu." saya membalas tanpa diminta.
Selepas itu kami langsung tidak berbual. Hanya sesekali saya mengusik dengan memegang tangan anaknya yang kecil, kelihatan tak boleh duduk diam.
Setibanya di Stesen Telok Gadong. Kami turun bersama penumpang lain.
Sebaik tiba di pintu pemeriksaan tiket. Seorang lelaki tiba dan menyerahkan beg beroda kepada wanita itu.
"Terima kasih ya encik." ucap wanita itu.
Sekali lagi saya terkeliru. Saya sangkakan lelaki yang mendekati wanita itu sambil berbual adalah suaminya atau adik-beradiknya.
Wanita itu tunggu di dalam stesen bersama anak-anaknya. Dan lelaki itu terus naik tangga bersama saya.
Sewaktu menaiki tangga. Saya sekadar bertanya kepada lelaki itu. "Saya ingat wanita itu isteri tuan."
"Oh tak, saya kasihan tengok dia terseret-seret beg tu, bawa anak pula." lelaki budiman itu menjawab jujur.
"Oooo ..." itu sahaja yang saya mampu jawab, sambil memandang ke bawah, memerhati wanita itu yang sedang menunggu seseorang.
.
.
.
Buku Aku Dia & Rezeki
Ada 178 kisah menarik di dalamnya
RM25 + RM7 postage semenanjung

Monday, 14 September 2015

ALLAH TEMPAT MEMINTA

Sumber & Foto : Dropship Online Book



Assalamualaikum wbt.
Sejujurnya buku Allah Tempat Meminta (ATM) ini sudah lama Kak Tam beli. Tetapi Kak Tam baca lompat-lompat. Tak sempat nak menghayati sepenuhnya.Terasa rugi pula. Niat dalam hati suatu hari nanti Kak Tam akan cari masa dan baca sehelai demi sehelai supaya mesej yang nak disampaikan dapat meresap ke dalam hati dan seterusnya boleh dijadikan pegangan dan amalan harian.

Dan hari ini, Alhamdulillah syukur sangat sebab tercapai juga hajat untuk membaca dan menghayati dari kulit ke kulit. Dalam pada menjaga Baby Eicha yang ditahan di hospital kerana demam campak dan bronkitis, Allah bagi ruang dan masa untuk Kak Tam menghayati buku ATM ini. 
Sesungguhnya tak rugi membeli buku ini. Terutama bagi yang telah memiliki Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR), buku ini adalah kesinambungannya. Kisah-kisah mereka yang telah mengamalkan amalan-amalan menjemput rezeki, telah dikompilasikan dalam buku ini untuk tatapan semua. Yang menarik, kisah pelakon terkenal Lisdawati juga turut tercoret dalam buku ini. Kisah-kisah tersebut ditulis sendiri oleh tuan punya pengalaman. 
Penulisnya, Ustaz Fathuri Salehuddin yang juga merupakan penulis MMR, bersama-sama dengan penulis lain berazam agar setiap jiwa yang pernah memiliki Al-Quran diberi peluang untuk memiliki buku ini. Alhamdulliah. Kak Tam bersyukur kerana termasuk dalam golongan ini.
Daripada 40 kisah yang dicoretkan, setiap satunya mempunyai pengajaran tersendiri yang wajar kita ambil sebagai iktibar dan amalan. Antara kisah yang menarik adalah bagaimana Allah membantu seorang hambaNya yang dalam kesempitan kewangan, tetapi telah memilih untuk mendahulukan tetamu yang bertandang ke rumahnya berbanding keperluan keluarganya sendiri. Kisah-kisah pemberian sedekah yang dibalas berganda-ganda. Kisah bantuan Allah dikala hambaNya benar-benar kesempitan.

Kak Tam kongsikan sedikit ilmu yang Kak Tam dapat dalam setiap kisah yang dicoretkan dalam buku ATM ini.

@ 6 amalan hidup sejahtera. Antaranya adalah amal sebut lailahaillallah muhammadurrasulullah dan fahami maknanya, mengambil berat tentang solat 5 waktu, lapangkan sedikit masa untuk membaca Al-quran setiap hari, sentiasa mengingati Allah, menghormati dan mengasihi saudara sesama Islam dan berpesab-pesan dengan kebenaran.

@ banyakkan amalan bersedekah. Sesungguhnya bersedekah harta yang paling disayangi adalah antara yang terbaik. Satu sedekah dibalas 10 kebaikan.

@ selalu meminta kepada Yang Maha Esa. Dialah Maha Pemberi Nikmat dan Rezeki.

@ Allah tidak meletaÄ·kan sesuatu beban kepada umatnya kecuali ke atas mereka yang mampu menanggungnya. Bersabarlah dan bersolatlah. Ada ganjaran besar yang akab menanti. Sesungguhnya perancangan Allah itu sangat indah.

@ Allah Maha  Pemaaf. Bertaubatlah.

Banyak lagi ilmu yang terkandung dalam buku ATM ini. Bagi yang belum memiliki buku ini boleh dapatkan dari http://noryaniabhamid.blogspot.com dengan harga yang berpatutan. Insyaallah takkan rasa rugi walau sesen pun.

Selamat membaca!

AKU, DIA & REZEKI

Teks, Foto & Sumber : Aku, Dia & Rezeki

AKU, DIA & REZEKI
.
Apa yang best Buku ini?
_____________
Ketawa Lega
---------------------
.
:
Kesian seorang pakcik tua. Tercari-cari lubang tiket. Pakcik tua itu meminta bantuan saya. Saya kata kepadanya, "Pakcik, parking motor memang tak ada tiket". Si pakcik tua terus ketawa mengekek-ngekek.
.
:
_____________
Makanan Ibu
---------------------
.
:
"Sewaktu ibumu mengandungkan kamu, kamu akan makan apa sahaja yang ibumu makan. Tetapi hari ini, adakah ibumu makan apa yang kamu makan?"
.
:
Hadirin tertunduk tanda insaf. Saya juga tidak terkecuali.
.
:
Judul Buku:
Aku, Dia & Rezeki
.
:
Penulis:
Mohamad Feroz Mohammad Zaini
@ Abang Long
.
:
Penerbit:
Legacy Publishing
.
:
http://noryaniabhamid.blogspot.com
.
:
Whatsapp | Telegram
019.729.06.23
:
‪#‎akudiadanrezeki‬
‪#‎bukurezeki‬
‪#‎bukubisnes‬
‪#‎bukumotivasi‬
‪#‎penjualdadihmenulisbuku‬
‪#‎abanglong‬
‪#‎legacypublishing‬
‪#‎onlinebookstore‬
‪#‎kedaibukuonline‬
‪#‎reviewbuku‬

Aku, Dia & Rezeki

Teks & Foto : Noryani Ab Hamid




Sedikit ujian itulah hikmah.
.
.
Sambil bersandar dan berlunjur di dinding masjid, berhadapan dengan pintu masuk pejabat zakat.
Kelihatan seorang pemuda keluar dengan senyuman.
Dia bersalaman dengan Pengawal Keselamatan yang bertugas di pintu masuk.
"Dah dapat duit, masukkan sedikit ke dalam tabung derma, insyaAllah, rezeki saudara akan bertambah." begitulah pesanan Pengawal Keselamatan itu.
Namun, pemuda itu terus sahaja keluar dan mencari seliparnya.
Pencariannya gagal. Seliparnya langsung tidak ditemui.
Saya pun rasa pelik. Bukannya ramai sangat manusia di pejabat zakat itu.
Pemuda itu termenung seketika, sambil bercekak pinggang.
Mungkin dia mengubah pendiriannya. Pemuda itu masuk semula ke dalam masjid.
Kelihatan dia membuka sampul. Sekali lagi pemuda itu termenung.
Kemudian barulah dia memasukkan wang derma.
Pemuda itu terus pergi ke ruang wuduk.
Seketika kemudian, saya nampak pemuda itu sedang bersolat.
Usai bersolat. Dia bergegas keluar. Dan mencari seliparnya. Dia memandang saya dan Pengawal Keselamatan sambil ketawa.
Rupanya seliparnya tidak hilang.
Dia bergegas ke arah parkir motor. Sebaik dia mahu menghidupkan enjin.
Kami tergamam kerana seorang lelaki berpakaian lengkap baju Melayu menjerit ke arah pemuda itu.
"Hello, helllo ... saudara!"
Pemuda itu tergamam.
"Ini motor kamu?" tanya lelaki berbaju Melayu itu.
"Ya, kenapa tuan?" pemuda itu pula terpinga-pinga.
"Kamu jual susu kambing?" sambil lelaki itu memandang kotak jualan di atas motor pemuda itu.
Saya tidak mendengar perbualan mereka kerana melihat nombor giliran, takut terlepas.
Tidak lama kemudian. Pemuda itu masuk semula ke dalam ruang solat.
Pemuda itu kelihatan sujud.
Saya dan Pengawal Keselamatan berpandangan sesama sendiri.
Kehairanan.
Sewaktu pemuda itu keluar dari ruang solat.
Pengawal Keselamatan itu memanggilnya.
Sekadar hendak mengetahui apa yang berlaku, sehingga pemuda itu sujud.
Rupanya. Sewaktu hendak keluar di awalnya. Dia langsung tidak dapat mencari seliparnya yang disangka hilang.
Hikmahnya. Allah memberikan ruang untuknya supaya bersolat sunat terlebih dahulu.
Usai bersolat. Tiba-tiba sahaja seliparnya ada ditempatnya.
Sewaktu hendak bersedekah. Waktu dia membuka sampul duit. Yang ada hanyalah wang ringgit dan semuanya RM50.
Tiada pilihan. Dia nekad.
"Ya Allah, aku tidak pernah menderma sebanyak ini, namun aku percaya kepada rezeki dari MU."
Kemudian dia melakukan solat sunat Dhuha.
Waktu hendak pulang. Rupanya, lelaki berbaju Melayu itu telah lama mencari susu kambing asli.
Susu itu mahu di serahkan kepada sebuah asrama anak-anak yatim.
Dan lelaki itu telah membuat tempahan awal.
"Dia bayar dengan upah sekaligus ... "
"Berapa banyak yang dia order?" saya mencelah dengan penuh minat.
"RM3,000 bang ... ." Pemuda itu menjawab dengan mata berkaca.
.
.
Baca lebih banyak kisah-kisah seperti ini dalam BUKU AKU, DIA & REZEKI
.
.
Harga RM32.00 sm / RM 35ss
***Termasuk Postage

ebook 101 idea home based bisnes

Teks & Sumber : ebook 101 idea home based bisnes

Gambar muka hadapan 101 Idea Home Based Bisness

Urus Emosi Usahawan Online
Ramai usahawan online, terutama yang baru belajar berurusan dengan pelanggan cepat sahaja sentap dan emosi. Namanya pun berniaga, jadi pelanggan adalah sebahagian daripad urusan yang perlu kita ambil tahu dan kuasai semasa mengendalikannya.
Emosi pelanggan yang dijaga baik, ia membawa kesan keuntungan jangka masa panjang. Beberapa situasi ibu-ibu yang bekerja di rumah, mudah emosi apabila agak terganggu dengan kerenah anak-anak kecil dan juga pertambahan tugas serentak atau menerima order pelanggan yang banyak dalam tempoh singkat.
Untuk menangani kerenah anak-anak, ibu bekerja dari rumah perlu mengenalpasti dari awal tempoh masa anak bermain, anak lapar dan anak memerlukan perhatian. Tempoh kritikal biasanya, pada waktu tengahari, iaitu ada pelanggan online waktu pejabat yang suka menggunakan masa ini membuat pembelian atau pertanyaan.
Begitu juga bagi pembeli bujang, kadangkala tidak tahu masa yang sesuai untuk bertanya, waktu tengahari dan juga waktu petang menjelang malam sekitar jam 6, 7, 8 petang. Sangat penting ibu yang bekerja dari rumah, pandai mengawal emosi menjawab pertanyaan walaupun pada masa itu sangat kelam kabut.
Emosi juga sangat penting ketika berurusan dengan pelanggan cerewet yang meminta harga tidak masuk akal, pelanggan yang mahu cepat, pelanggan yang tidka sabar dan pelanggan yang banyak cakap.
Usahawan online perlu ada senarai skrip yang boleh digunakan untuk mmebantu apabila berhadapan pelanggan sebegini. Usahawan yang tidak emosi, sudah tentu memberi layan terbaik setiap pertanyaan.

Sunday, 13 September 2015

BUKU BERTANYA ALLAH DAHULU PENAWAR BUAT PERAGU REZEKI

Bertanya Allah Dahulu – Penawar Buat Peragu Rezeki
‪#‎TeknikBAD hanyalah sekadar sesi dialog dengan Allah. Antara hamba dan Pencipta. Seperti kita berbual dengan manusia. Namun, sesi dialog ini adalah lebih premium dan eksklusif antara hamba dan Pencipta.
Ada beza antara monolog (bercakap dengan diri sendiri) dan bercakap dengan Allah. Ketika kita marah, andai saat itu kita bercakap dengan Allah, insya-Allah kita akan rasa lebih tenang.
Berbeza dengan monolog, bercakap dengan diri sendiri. Yang seterusnya berkemungkinan besar diperdaya oleh syaitan, untuk terus-menerus mengeluarkan kemarahan itu seperti baling barang dan sebagainya.
Adakalanya kita perlu menjadi seorang kanak-kanak (walau saat ini kita adalah orang tua) apabila berdialog dengan Allah. Seperti ketika kita masih kecil. Adakalanya kita bercakap dengan Dia. Menjadikan Allah sebagai sahabat yang akrab untuk kita luahkan segalanya.
Cuma, kehadiran buku ini, hanya sebagai ulang kaji, bahawa aktiviti berdialog dengan Allah, telah lama kita tinggalkan. ‪#‎KisahSuksesBAD, ia kelihatan seperti sesuatu yang baru orang tahu tentang berdialog dengan Allah.
“Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya.”
(Surah al-An‘am 6: Ayat 60)
Wan Rohaniah Wan Abdullah – 30/06/2015:
Buku BAD: Bertanya Allah Dahulu memberi pendekatan yang lebih mudah untuk kita sentiasa mengingati Allah. Penceritaan yang mudah difahami dan mudah juga untuk kita praktikkan mengikut saranan yang diberikan.
Perkongsian cerita berdasarkan pengalaman mereka yang telah melakukan teknik BAD juga amat memberangsangkan dan memberi keyakinan bagi mereka yang masih ragu tentang betapa Allah itu sentiasa memenuhi permintaan kita, cuma kita sahaja yang tidak perasan atau mungkin tidak yakin. 
Satu buku yang patut dimiliki oleh setiap keluarga. Syabas kepada penulis di atas penghasilan sebuah buku yang bermanfaat.

BUKU BERTANYA ALLAH DAHULU
PENAWAR BUAT PERAGU REZEKI
Boleh dapatkan buku ini di sini
Hanya RM35 semenanjung / RM38 sabah sarawak