Wednesday 30 September 2015

JEREBU OH JEREBU

Teks : Noryani Ab Hamid


Sekolah cuti lagi akibat jerebu. Tekak sudah terasa sakit walaupun sudah minum air putih dalam kuantiti yang banyak. Mood pun terasa semakin menurun. Aku harap hujan akan turun agar jerebu dapat di kurangkan.

Tuesday 29 September 2015

Aku & Dia

 Teks & Foto: Noryani Ab Hamid

Johor cuti lagi akibat jerebu. Jadinya waktu menunggu azan isyak aku menemankan anak dara dengan membaca Buku Karangan untuk tahun 2 & 3, selesai membaca aku akan sign & memberi tarikh sebagai tanda semakan. Peperiksaan akhir tahun akan diadakan sebelum cuti sekolah yang panjang, aku berharap anak aku Aina akan menguasai penulisan dengan score markah yang lebih baik. 

AKU & PMM ( Semester 3 )








Teks: Noryani Ab Hamid
Foto: Google PMM


2 tahun lalu, aku adalah diantara pelajar di Politeknik Merlimau Melaka. Kenapa aku ingin belajar semula walaupun ketika itu umur aku 32 tahun? Di sebalik keinginan aku untuk belajar salah satu darinya adalah kerana ingin memajukan diri, dengan harapan selepas aku selesai belajar aku akan mejawat jawatan dengan taraf  Diploma Pengajian Perniagaan pada ketika itu. Selain daripada itu kerana sindirian daripada seseorang yang telah menghina insan yang pada ketika itu hanya mempunyai Sijil Pengajian Perniagaan sahaja.

Rutin aku pada ketika itu ialah perlu ke Melaka pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu & Ahad. Di awal sem pada ketika itu aku akan pergi bersama suami dan anak. Kami bertolak awal pagi kerana kelas akan bermula pada pukul 9.00 pagi dan akan menetap di Teja Suite. 

Di sini aku berkenalan dan berkawan dengan kawan sekelas aku. Di antaranya ialah Mohd Yuszaini, Hasnizan, Mohd Ashraf, Mohd Hakimi, Mohd Nazri, Khairul Shah, Faizal, Arfah & Siti Noor Fadzlira. Di awal kelas kami 10 orang yang rata-ratanya dari Johor dan Melaka.

Penasihat Akademik kami adalah Puan Zurya Binti Alias, orang Negeri. Cantik & ayu orangnya.Di antara pensyarah aku yang lain semasa sem 3 adalah Cik Nurul Esly berasal dari Batu Pahat mengajar Commercial Law, Puan Zurya mengajar  Business Managemant,Puan Rosemalaili dan Puan Muzailina mengajar AKPK, Ustaz Fidaus mengajar Agama Islam dan Sir Hamdi mengajar English. 

Aku masih ingat lagi, subjek pertama peperiksaan adalah Business Management, waktu itu aku mengigil-gigil untuk menulis jawapan. aku mngambil masa lebih kurang 10 minit untuk bertenang. Kemudian dengan tenang aku menjawab soalan yang diberikan. Bila di ingatkan semula kelakar juga masa tu.

Kertas kedua aku ambil adalah Commercial Law, kelas aku bercampur dengan pelajar sepenuh masa. Pada masa ini dapat aku lihat perbezaan diantara pelajar sepenuh masa dengan pelajar separuh masa.Ada yang tekun menjawab soalan, dan ada juga menjawab hanya 30 minit terawal kemudian mereka tidur. Bagi aku pula sayangnya mereka tidak menggunakan masa muda mereka dengan betul-betul. 

Bagi mata pelajaran lain tiada peperiksaan akhir, maka dengan itu berakhirlah semester 3.

Alhamdullilah aku dapat menghabiskan semester 3 dengan jayanya.

Akan bersambung dengan semester pendek.



AKU & JEREBU

Teks; Noryani Ab Hamid.
Sumber; Google

Akhirnya, sekolah cuti berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk. Pastinya anak-anak lah yang paling suka kerana sekolah bercuti. 


Di sini saya sertakan sedikt penerangan berkenaan jerebu (hazy condition)

Jerebu (hazy condition) merupakan satu fenomena alam akibat pengurangan jarak penglihatan yang disebabkan oleh proses serakan cahaya boleh nampak (light scattering). Di negara kita jerebu amnya disebabkan oleh partikel yang sangat halus (fine particles) akibat pembakaran daripada tanah gambut (peat soil) daripada negara jiran. Pembakaran tanah gambut ini menyebabkan pembakaran jenis pendam (smoldering) yang menghasilkan asap yang banyak. Jerebu akan bertambah teruk apabila adanya paras wap air di udara (relative humidity)yang tinggi mengelilingi partikel halus ini yang menyebabkan jarak penglihatan yang bertambah buruk.

Indeks Pencemar Udara Malaysia (Malaysian Air Pollutants Index, API) merupakan pengukuran kesan kepekatan lima bahan pencemar udara utama (Zarahan terampai kering,PM; Karbon monoksida, CO;  sulfur dioksida, SO2; nitrogen dioksida, NO2 dan ozon, O3) terhadap kesihatan dalam jangka masa pendedahan (exposure time) tertentu. Formula yang digunakan di Malaysia dan kebanyakan negara lain adalah formula yang dicadangkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) berdasarkan kajian faktor pendedahan bahan pencemar ini dengan kesihatan manusia.  Kepekatan pencemar yang tertinggi akan secara automatik terpilih sebagai bahan pencemar untuk pengiraan indeks pada masa tersebut.

Di Malaysia dan juga di kebanyakan negara lain, zarahan terampai kering (dry PM) merupakan bahan pencemar yang sering menjadi pengukur kepada API ini. Masa pendedahan (exposure time) bagi kesan PM kepada manusia adalah 24 jam. Sebab itulah API dikira dalam tempoh 24 jam selepas manusia terdedah kepada zarahan tersebut. Pengukuran pada masa jam 8.00 pagi ini misalnya mengambil kira kepekatan purata bahan pencemar daripada jam 8.00 pagi kelmarin. Faktor ini kadangkala menyebabkan faktor pengukuran API agak berlainan daripada jarak penglihatan sebenar pada masa tersebut. Selain itu pengukuran zarahan terampai yang kering tidak mengambil kira kehadiran wap air yang juga boleh menyebabkan pengurangan jarak penglihatan bertambah buruk.

API di Malaysia masih menggunakan partikel bersaiz lebih kecil daripada 10 mikrometer (PM10) sebagai faktor pengukuran API selama 24 jam. Manakala Singapura menggunakan partikel bersaiz lebih kecil daripada 2.5 mikrometer (PM2.5) sebagai faktor pengukuran PSI (Singapore Pollutant Standard Index). Faktor ini menyebabkan perbezaan yang agak ketara pengukuran API dan PSI terutamanya pada masa jerebu. Ini disebabkan pada masa jerebu lebih daripada 80% zarahan merupakan PM2.5. Faktor standard dan takat pengukuran "breakpoints" yang lebih rendah dalam pengukuran PSI PM2.5 menyebabkan PSI akan lebih tinggi daripada API yang dikira berdasarkan PM10. Difahamkan Jabatan Alam Sekitar Malaysia dalam proses akhir bagi pemantauan PM2.5 in pada masa hadapan.



Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Pesanan saya kepada kawan-kawan semua sentiasalah memakai topeng untuk mengelakkan daripada gejala kurang sihat semasa musim jerebu ini.




Monday 28 September 2015

AKU & HERBARIUM

Teks & Foto: Noryani Ab Hamid

Semua wanita inginkan kecantikan asli, inginkan wajah yang putih dan mulus, tanpa cacat cela bekas jerawat. Begitu juga dengan saya. Kini saya sedang ke arah itu. Lagipula dengan umur yang semakin berumur ini saya  memerlukan sumber kolagen yang dapat membantu aku untuk kelihatan cantik yang asli.

Setiap pagi sebelum ke pejabat saya akan minum segelas Herbarium Kolagen dari Jamu Susuk Dara. Rasanya yang sangat sedap, rasa berry. Biasa saya akan sediakan dengan air suhu bilik dan sesudu Herbarium.

Penyediaan minuman #Herbarium Kolagen dari Jamu Susuk Dara


Kacau sekejap supaya serasi di dalam cawan tersebut. Jom minum Bismillah
Alhamdullilah. Rasanya yang sangat memukau dan sedap

Hanya RM 78.00 sebotol dan mampu milik. In Sha Allah akan dapat juga kelebihan lain. Apa kelebihan itu? In Sha Allah pembuangan setiap pagi akan lancar, mencantikkan kulit dari dalam, peratusan pemutihan yang tinggi, merawat jerawat, mengurangkan berat badan & anti kedut.





Kini #Kolagen Herbarium U White dari Jamu Susuk Dara  berwajah baru


Jom sahut cabaran untuk berwajah gebu dan gebas selama 7 hari



 #sayajualjsd
#sayaminumherbarium
#sayanakcantik
#wajahgebu


BERSIWAK & BERWUDHUK



Sedikit perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Murobbi Ad Da'ie IlaAllah Al Fadhil Al Habib Asy Syeikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى
KITAB BIDAYATUL HIDAYAH, IMAM AL GHAZALI : Muka Surat 30 & 31(Adab-Adab Mengambil Wuduk Cara Rasulullah Sallahu'alaihiwassallam)
 BERSIWAK
Apabila engkau selesai daripada Istinjak(bersuci), maka janganlah engkau meninggalkan bersiwak kerana bersiwak itu...
"Bersiwak itu mensucikan mulut dan menyebabkan keredhaan Tuhan dan membencikan bagi syaitan".- Hadis Riwayat An Nasai dan Ibnu Majjah daripada Aisyah R.A
" Sekali solat dengan bersiwak adalah lebih afdhal daripada 70 kali solat tanpa bersiwak". - Hadis Riwayat Ahmad dan Al Bazzar daripada Aisyah R.A
Siwak adalah satu kayu biasa, namun hakikat atau fadhilatnya luar biasa.
Dengan sebatang kayu biasa ini, kita boleh dekatkan diri kita dengan keredhaan Allah S.W.T dan boleh menjauhkan diri kita dari gangguan jin & syaitan serta boleh menjadikan diri bersih dan suci.
"Barangsiapa yang menghidupkan Sunnahku, seakan-akan dia menghidupkan aku". - Maksud Hadis
Dizaman Khalifah Saiyyidina Umar Al Khattab R.A, umat Islam lambat mendapat kemenangan didalam sebuah peperangan. Saiyyidina Umar mengumpulkan tentera lantas bertanya kepada mereka "Apakah diantara Sunnah Nabi S.A.W yang tidak kita laksanakan?!", sahabat menjawab " kita tidak mempunyai siwak ya Amirul Mukminin!". Saiyyidina Umar perintahkan agar sahabat semua ambil siwak dari dahan-dahan pokok yang berdekatan untuk tujuan bersiwak. Tentera musyrikin menjadi gerun apabila melihat tentera Islam yang pada awalnya bermesyuarah, kemudian memotong ranting-ranting pokok dan bersiwak, kerana mengangka tentera Islam sedang mengasah gigi dengan tujuan untuk memakan mereka(musyrikin). Lantas mereka(musyrikin) bertempiaran lari dalam ketakutan dan meninggalkan segala barang dan peralatan yang ada. Allah memenangkan tentera Islam atas sebab kemuliaan Sunnah(bersiwak) RasulNya.
Jumhur ulamak mengatakan lebih afdhal bersugi dengan kayu daripada jenis KAYU ARA.
62 tahun dahulu, pernah diadakan pertandingan peringkat antarabangsa rekaan ubat penghapus bakteria didalam mulut(Ini adalah kerana kawasan yang paling banyak terkandungnya bakteria pada manusia didalam mulut). Semua pakar membawa ubat-ubatan rekaan masing-masing untuk diuji kemujarabannya. Namun hasilnya skadar mampu melemahkan bakteria tersebut hanya dalam beberapa waktu tertentu sahaja. Seorang Ulamak Islam daripada India membawa ubatnya(dalam bentuk cecair) untuk diuji. Ulamak tersebut menitiskan ubatnya kedalam bekas yang mengandungi bakteria yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Hasilnya, bakteria itu terhapus musnah. Apabila disiasat, ubat yang dibawa oleh Ulamak Islam itu rupa-rupanya adalah air dari ekstrak kayu siwak. Inilah keberkatan dari Sunnah Rasulullah yang telah ada 1400 tahun dahulu lagi.
Bawalah kayu siwak kemana saja kita pergi kerana selain dari wudhuk, siwak merupakan salah satu senjata mukmin yang sukar disedari oleh musuh Islam.
"Siwak dan Wudhuk adalah senjata bagi orang mukmin" - Maksud Hadis
Syaitan sentiasa marah(benci) kepada orang yang mempunyai kayu siwak dan bersiwak.
"Jikalau aku tidak menyusahkan ke atas umatku, pasti aku mewajibkan mereka bersiwak pada setiap kali bersolat({wuduk}dalam riwayat lain)". - Maksud Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah R.A
Sifat pengasih Nabi, tidak mahu membebankan umatnya. Namun, adalah membahagiakan Nabi jika kita melakukan Sunnah Baginda yang mudah ini.
ADAB-ADAB WUDHUK TERBAHAGI KEPADA 3 BAHAGIAN :
1⃣ Adab sebelum wudhuk
2⃣ Adab ketika wudhuk
3⃣ Adab setelah wudhuk
🔵KHILAF ULAMAK
🔹Siwak adalah adab sebelum wudhuk
🔹Siwak adalah adab selepas wudhuk
🔹Lebih afdhal bersiwak sebelum dan selepas wudhuk
🔹Siwak itu wajib ketika berwudhuk. 🔺Dalil : "Aku akan mewajibkan mereka bersiwak pada setiap kali mereka berwudhuk"-Maksud Hadis.
🔵(Jumhur Ulamak yang masyhur) : Bersiwak itu merupakan suatu Sunnah yang Muakkad sebelum wudhuk.
Rasulullah tidak pernah meninggalkan amalan bersiwak sebelum berwudhuk dan solat.
Pengalaman di Tarim, dituntut siapa sahaja sebelum nak melakukan ibadah, agar bersiwak terlebih dahulu. Bagi sesiapa pelajar yang tidak bersiwak, dilarang untuk hadir ke pengajian. Ini merupakan suatu latihan atau motivasi dalam menggalakkan pelajar agar disiplin dalam menghidupkan perkara-perkara Sunnah agar perkara-perkara yang Wajib tidak terasa sebagai suatu bebanan hasil dari latihan ini.
Pada suatu ketika dahulu, ada seorang Ulamaka besar dari Tarim safar ke suatu tempat yang boleh dikatakan jauh dari tempatnya. Ketika sampai dilokasinya di sebuah masjid, ramai ulamak-ulamak lain ingin bertemu dengannya. Ketika ingin mendirikan solat, Ulamak tersebut mencari-cari kayu siwaknya untuk bersiwak sebelum solat. Ulamak itu sedar yang dia terlupa membawa kayu siwak bersamanya lantas mengarahkan pembantunya untuk pulang ke Tarim kembali dan ambil kayu siwaknya yang tertinggal. Apabila ditanya padanya, mengapa tidak digunakan kayu siwak yang ada disi sahja. Dijawabnya, kerana tidak mahu membiasakan diri dengan lupa terhadap Sunnah Nabi yakni bersiwak. Peristiwa ini menjadi pengajaran supaya dia tidak lagi lalai dan lupa untuk membawa kayu siwaknya.
"Allah selalu memgingatkan aku agar bersiwak, sehingga aku khuatir ia akan diwajibkan keatasku"-Maksud Hadis Riwayat Ahmad daripada Wasilah bin Al Asqa' R.A.
Banyak Hadis Nabi yang menceritakan perihal Siwak. Sehingga ia menjadi syarah ulamak-ulamak sehingga wujudnya kitab khusus membincangkan akan hal Siwak.
Ramai umat Islam pada masa kini malu(berasa berat) untuk melaksanakan perkara yang diisytihar sebagai senjata Allah(Bersiwak), namun tidak malu(tabiat/seronok) untuk melaksanakan sesuatu yang diisytihar sebagai senjata syaitan(Merokok dan lain²).
" Solatlah kamu sepertimana yang kamu lihat aku bersolat". - Maksud Hadis
Rasulullah tidak pernah meninggalkan amalam bersiwak sebelum wuduk & solat!
Sesungguhnya bersiwak itu adalah Sunnah Nabimu!. Berebutlah kita dalam menghidupkan sunnah Baginda S.A.W.
Bersiwaklah kerana mengharapkan redha Allah!, bersiwaklah kerana ingin mengembirakan Rasulullah!.
14 ZULHIJJAH 1436H / 28 SEPTEMBER 2015

Wednesday 23 September 2015

Pewangi Dobi @ Serba Guna

Teks & Foto: Noryani Ab Hamid

11.35 am-Sedang aku ayik mengadap skrin komputer, tiba-tiba tiit, tiit bunyi message di telefon aku masuk. lalu aku pun membuka dan membaca pesanan tersebut.

Customer ; Assalamualaikum, nak tanya pasal Desecret  Pewangi Dobi. Location            

                 Senggarang.
Aku: Alhamdullilah, bisik hati aku. Lalu aku pun membalas. Walaikumussalam, saya     
       Yaniz, siapa  nama sis?.
Customer: Sorry, bukan sis. Saya Halim.
Aku: Maaf Encik Halim, saya fikir sis, jarang orang lelaki pm nak pewangi, balas pesanan 
        aku. Lalu  aku pun memberi penerangan. Desecret Pewangi Dobi@ Pewangi    
        Serba Boleh ini boleh di semburkan di mana-mana fabrik, seperti pakaian, langsir, 
        sofa,tilam, bantal, carpet atau di  dalam kereta pun boleh. Baunya wangi, tahan 
        lama, menjimatkan  dan pastinya serba boleh, sebotol RM 16.50 isipadu 250ml.
Encik Halim: Ok petang ni kita jumpa dalam pukul 5.00 lebih
Aku: Petang dalam pukul berapa ya Encik Halim? sebab saya kene ambil      anak di rumah         mak mertua.
Encik Halim; Tengah berkerja ke sekarang? 
Aku: Ya, saya kerja di Jabatan Pertanian jalan Parit Botak yang banyak pokok kelapa. Encik Halim nak cuba berapa botol?
Encik Halim: Ok, saya nak cuba satu botol dulu.
Aku ; Ok Encik Halim, nanti kita jumpa ya. balas aku
---------
1.30 pm

Encik Halim; Saya on the way ke Senggarang

Aku; Ok Encik Halim.
Encik Halim: Saya di depan Jabatan Pertanian.
Aku; Ok Encik Halim, sekejap ya.

Lalu aku pun start kereta untuk pergi jumpa En Halim di hadapan pintu masuk pejabat.


Aku: Assalamualikum, Encik Halim, maaf ya lambat sedikit, ini ia 
Desecret Pewangi Dobi 
       tapi saya nak ambil gambar ya, nak  promote di Fb.
En Halim; Ok.
Aku; Lantas aku capture gambar dan sekali lagi aku ucapkan terima kasih.
En Halim; Satu pejabat  dengan kak Siti ya?
Aku; Ya, satu pejabat
En Halim: Kenal Idy?.
Aku: Ya kenal Encik Idy bos saya.
En Halim; Saya kawan dia, tinggal di Parit Mahang.
Aku; Allah kecilnya dunia ini sahut aku. Aku pun meminta Fb En    
        Halim untuk aku promote Desecret.
Encik Halim: alamat Fb saya "Kang Halim".
Aku; Ok, Encik Halim, nanti saya add ya, dan terima kasih sekali lagi.

Lalu aku pun beredar dan naik ke pejabat.Di pejabat aku, mencuri masa sekejap untuk membuat design ala-ala tq card. Seusai siap aku pun tag Encik Halim dengan design yang aku buat. Moga-moga persahabatan aku ini berpanjangan dengan urusan bisness. In Sha allah dan semoga Yaniz Hamid Online shoppe akan beroperasi secara online sepenuhnya suatu hari nanti. Aku sangat berharap semoga aku dapat mengapai cita-cita aku suatu hari nanti.Aamiin Ya Rabb.




                                              Gambar di atas, En Halim. 



Monday 21 September 2015

Blackout

Teks: Noryani Ab Hamid

Yeayyy!!! Blackout. Itu antara perkataan yang akan kita suarakan apabila pejabat blackout. Tidak dinafikan ada diantara kawan-kawan sepejabat suka dan berteriak betapa gembiranya. Tapi bagi saya selagi kerja tidak mencapai sasaran saya kurang senang dengan keadaan tersebut. Kerja dibahagian kewangan menuntut semua pembayaran adalah
berstatus 8 ( akaun dah masuk duit ) bagi kontraktor ataupun orang perseorangan.

Disamping itu , perniagaan atas talian juga memberi kesan sekiranya ketiadaan elektrik. Tidak boleh "mengakses" masuk laptop dan streamix. 

Jadinya sementara tunggu elektrik kembali, marilah kita mengemaskini fail kewangan. Kemaskini  fail yang pending sementara tunggu waktu balik.



TUALA WANITA LEXEE

Teks dan Foto: Noryani Ab Hamid








Setiap bulan bagi kaum hawa pasti kawan baik datang menjengah. Tak tahu nak pilih tuala wanita yang mana betul tak?
.
Saya mencadangkan tuala wanita LEXEE. Kenapa LEXEE?. Sejak diperkenalkan oleh Kak Long saya (tak ingat tahun bila) saya terus terpikat dengan tuala wanita LEXEE. Ianya nipis, berbau wangi seperti bunga melur, tidak mudah bocor, senang dibasuh dan sudah pastinya selesa dan sesuai dengan kulit saya yang sensitif ini.
.
Untuk pengaliran tenat biasanya saya menggunaka LEXEE BIRU (RM18.00 @ 8 Keping) Biasanya saya gunakan pada waktu malam sahaja. Rekabentuknya yang panjang pasti kawan-kawan tak perlu risau akan kebocorannya.
.
Untuk pengaliran biasa pula saya menggunakan LEXEE PINK (RM18.00 @ 10 Keping ). Ianya nipis dan memudahkan pergerakkan saya yang aktif di sepanjang hari.
.
Dengan Lexee aktiviti membasuh tuala wanita juga sangat mudah. Hanya koyakkan sedikit di kedua-dua hujung tuala wanita dan dijiruskan air. In sha Allah pasti bersih, tiada lagi keraguan.
.
Bagi pengaliran pada hari ke 5-7 saya akan menggunakan panty liner ( RM 20 @ 30 keping). ianya seperti tidak memakai panty liner kerana nipis dan yang pastinya amat selesa apabila memakainya.
.
Selepas waktu bersih saya akan check tahap kesihatan miss v saya dengan sampel kit test yang diberikan secara percuma. Mudahkan.
.
Dengan LEXEE saya tidak akan memilih tuala wanita yang lain.
.
Ingin mencuba@ Berminat ingin mencuba boleh whatsapp saya ya.
Yaniz Hamid 019.729.06.23

.
#yanizhamidonlineshoppe
#yanizhamidlexee
#yanizhamiddropshiplexee
#tidakperluragulagi

21 Formula Hidup Luarbiasa

[ Tak sabar nak jumpa si 'Dia' ]
.
Ada satu hari saya secara tak sengaja (dengan izin Allah) terbuka satu video youtube di facebook seorang rakan saya.
.
Bila tengok tajuknya langsung tak sangka rupanya ia adalah lagu nama-nama Allah oleh Benammi.
Beberapa kali mendengar lagu tu langsung tak membuatkan saya bosan. Ketika itulah baru saya faham apa yang pernah ustazah saya analogikan pada saya satu ketika dahulu.
Ustazah saya bertanya : Kalau kawan awak ni asyik bercerita pasal seseorang yang awak langsung tak pernah jumpa. Dan dia cerita semua perkara yang baik-baik contohnya seperti dia sangat baik hati, pemurah, penyayang, penyabar dan bla bla. Apa yang awak rasa?
Saya menjawab : Saya mungkin ada rasa nak jumpa dengan dia.
Ustazah : Kalau satu hari awak tahu rupanya orang yang asyik kawan awak cerita tu selalu membantu awak, bayarkan sewa rumah yang keluarga awak duduk, bayarkan yuran persekolahan awak secara senyap-senyap. Apa pula perasaan awak?
Saya : Saya teringin nak jumpa dia. Tak sabar nak tengok macam mana orangnya. Nak ucapkan terima kasih dan tanya macam mana saya nak balas budinya.
Ustazah : Macam tu lah juga Allah. Allah cerita mengenai sifatnya dalam Al-Quran sebab takde manusia yang mampu menjangkau akal fikirannya nak fikir sifat Allah ni macam mana. Dalam kehidupan kita ni pun terlalu banyak perkara Allah tolong kita secara kita tak sedar. Contohnya darah kita mengalir dengan baik di seluruh tubuh tanpa gangguan urat berselirat. Jantung kita berdegup dengan baik tanpa berhenti rehat seminit dua.
Sepatutnya kita lagi tak sabar dan gembira nak jumpa Tuhan.
Sekarang ni baru saya faham significant hadis ini :
Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama, seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghafalnya) akan masuk syurga
[ HR Bukhari & Muslim ]
-Ustaz Asraff Ayob
.
.
.
‪#‎buku21formulahidupluarbiasa‬
#yanizhamdonlineshoppe
#yanizhamiddropshipbook

Sunday 20 September 2015

DESECRET PEWANGI DOBI @ SERBA BOLEH.





DESECRET PEWANGI DOBI @ SERBA BOLEH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Musim kenduri kawin sekarang ini kan? Tidak sah kalau tak guna Desecret Pewangi serba boleh. Betul Tak?
===========================
APA YANG BEST DESECRET INI?
===========================
+Lebih Harum
+Lebih Wangi+Lebih Menyegarkan
+Lebih Jimat
+Lebih Tahan Lama
.
$Harga$
RM16.50/ 250 ml
*Harga tidak termasuk Postage
.
Berminat
~~~~~~~~
1. Untuk COD area Parit Raja, Senggarang, Renggit, Tiram, Kota Tinggi
2. Kami juga membuat postage ke seluruh malaysia.
Hubungi
~~~~~~~
Yaniz Hamid 019.729.06.23

Bertukarlah Kepada Lexee





TUALA WANITA LEXEE




  •  LEXEE diperkenalkan khusus untuk kaum hawa yang sejak kebelakangan ini sedar dan prihatin berkenaan peningkatan gangguan ginekologi (sakit puan) dan kekurangan amalan kebersihan dikalangan kaum wanita. Walaupun hanya di dalam bentuk “pantiliner” dan tuala wanita, LEXEE telah dibentuk dengan prihatin dan mengandungi kombinasi penyelidikan teknologi canggih dan bahan-bahan herbal tardisional. LEXEE memberi perlindungan dan penjagaan kepada wanita daripada ketidakselesaan semasa haid hingga kepada menangani pelbagai gangguan ginekologi ringan tersebut dan amalan kebersihan. Gangguan-gangguan ringan tersebut boleh mengakibatkan masalah yang lebih besar dan terbukti LEXEE mampu mengatasinya. LEXEE dari segi kelebihan, memang banyak dan ianya bukan sahaja hanya tertumpu dari segi fungsinya sebagai tuala wanita sahaja, akan tetapi ianya berfungsi sama seperti “doktor sakit puan” kepada kaum hawa.









8 FUNGSI LAPISAN LEXEE


·         LAPISAN PERTAMA


  •   Permukaan kapas yang halus lembut dengan fungsi penyerapan cecair yang unik meningkatkan kadar penyerapan dengan 3x ganda lebih cepat dan juga dapat mengelakkan kebocoran pada bahagian sisi ataupun bahagian belakang. Kerekaan ini juga dapat mengekalkan kesegaran dan keselesaan pada bahagian permukaan


·         LAPISAN KE 2


  •    Kandungan ramuan agen biologi akan membebaskan molekul oksigen yang aktif apabila bertemu dengan air dan darah. Fungsi ramuan ini dapat menghilangkan bau serta membasmi bakteria. Penyerapan oksigen aktif ke dalam tisu vagina dapat mengawal sistem endokrin, meningkatkan peredaran darah serta kadar metabolisme.


·         LAPISAN KE 3

  •    Polimer penyerap cecair dbalut 360 darjah dengan kertas airlaid yang mempunyai keblehan menghalang pembiakan bakteria, anti-kelembapan serta memberi perlindungan daripada habuk.

·         LAPISAN KE 4

    
  •    Teknologi polimer penyerap yang lutsinar dari Jepun berpaksikan kuasa penguncian air yang tinggi. Polimer ini bercirikan kriteria mesra alam, keterlarutan air yang sepenuh serta keselarasan pH badan membolehkan ia selamat digunakan tanpa kesan sampingan. Penyerapan cecair adalah 10x ganda lebih berkesan daripada tuala wanita ekonomi.

·         LAPISAN KE 5


  •  Lapisan cepat-serap yang unik serta eksklusif memberi perlindungan yang lebih hebat dan menyeluruh daripada kebocoran pada bahagian sisi.


·         LAPISAN KE 6

  •   Polimer penyerap cecair dibalut 360 darjah dengan kertas airlaid yang mempunyai kebolehan menghalang pembiakan bakteria, anti-lembap serta perlindungan daripada habuk.


·         LAPISAN KE 7


  •   Lapisan bawah yang lembut selesa dengan ciri peredaran udara yang baik. Peredaran udara yang baik dari lapisan pertama ke lapisan ke 7 membolehkan oksigen aktif berfungsi dengan lebih giat lagi pada permukaan kulit.



·         LAPISAN KE 8

  •    Direka mengikut lekuk tubuh wanita untuk keselesaan tambahan. Pelekat jalur bersumberkan gam makanan yang tidak bertoksid serta tiada kesan sampingan.

Meskipun Pad Lexee mempunyai 8 Lapisan, tapi ia lebih nipis berbanding pad yang lain, terasa sangat selesa bila dipakai dan mudah dilekat.



TEKNOLOGI TERKINI & HERBA TRADISIONAL
Teknologi canggih LEXEE mengabungkan
1.      Nano Infared Jauh ( Cahaya Kuasa )
·  Kuasa Magnetik yang dihasilkan daripada getaran serentak molekul-molekul mikro yangmenghasilkan kesan menyahjangkit, mengelakkan bau, mengaktifkan sel-sel, mengalakkan peredaran darah & kadar metabolisme, mengimbangkan asid dalam badan, mencegah penyakit uterus & ovari serta mengurangkan kesakitan semasa haid. Infared ini juga mengeluarkan sejenis haba semulajadi yang membantu untuk mengembangkan saluran darah semasa haid, proses ini dapat membantu mencairkan ketulan darah yang biasanya ketulan-ketulan darah ini akan menyebabkan saluran darah  di uterus tersumbat dimana kesannya ialah senggugut, sakit pinggang dan sebagainya. Haba yang dihasilkan oleh infared ini akan diserap dalam herba-herba yang terkandung untuk mencairkan darah yang berketul dan tersumbat, mencuci saluran darah dengan perjalanan haid yang lancar.





2.      Ion-Ion Negatif
·  Ion-ion negatif adalah kuasa yang diperlukan oleh badan manusia untuk fungsi penapisan darah, menyelaraskan sistem otonomi, mengaktifkan sel-sel dan meningkatkan daya tahan badan. Ia juga berfungsi sebagai mengitar semula oksigen di dalam darah dan keseluruhan anggota badan. Oleh itu ia dapat meningkatkan kesegaran, nyaman, tenang dan selesa ketika haid.
PENERAPAN HERBA TRADISIONAL MENGGABUNGKAN

3.      Pudina
· Menyegarkan, menghilang kesakitan dan kegatalan serta ketidakselesaan, menyahjangkit, menghilangkan bau, melancarkan haid & peedaran darah serta mengurangkan radang dan bengkak.

4.      Bunga Melor
·         Menyegarkan, menteramkan emosi & kesakitan semasa haid serta menghapuskan bau yang kurang menyenangkan.

5.      Minyak Kayu Putih ( Eucalyptus Oil)
·         Penyahjangkit & merawat jangkitan vagina (vaginitis) dengan membunuh bakteria “Trichomonas Vaginalis”.

6.      Aktinolit (Actinolite)
·         Meningkatkan fungsi sistem pembiakan wanita.

7.      Hydroxycamphane
·         Menyegarkan, mengurangkan radang dan kesakitan yang bersifat antiseptik, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah sakit perut dan ketidakseimbangan hormon


KIT VAGINA TEST








Alat test ini digunakan untuk memeriksa tahap kesihatan vagina anda (sekali pakai). Alat ini sangat mudah & sangat murah dibandingkan dengan kita perlu ke klinik untuk berjumpa dengan doktor dan berfungsi untuk mengetahui / Mendeteksi kondisi organ kewanitaan apakah dalam keadaan sihat, sedikit radang, atau mengalami radang yang parah. Memungkinkan kita untuk memeriksa kesihatan organ intim wanita.
Buat para wanita tidak perlu mahal-mahal pergi ke klinik untuk berjumpa dengan doktor untuk pap smear test yang sekali test perlu  mengeluarkan banyak duit. Alat test kesihatan vagima LEXEE ini sangat mudah cara penggunannya. Iaitu :-
1.      Cotton swab
2.      Paper strip
3.      Penanda level tahap kesihatan vagina
Caranya ialah ambil cotton swab lalu calitkan cecair di daerah kewanitaan, lalu sapukan kepada paper strip kemudian lihat warnanya berubah menjadi apa? Dan padankan kepada penanda “colour contrastive form” untuk mengetahui tahap manakah keadaan kesihatan vagina anda.

*Tak perlu lagi bersusah payah berbaris untuk dapatkan ujian Pap Smear kerana dalam setiap bungkus LEXEE telah disertakan Kit Test untuk pemeriksaan tahap kesihatan vagina anda.



TAMAT TEMPOH



Di setiap pembungkusan Lexee terdapat tarikh tamat tempoh bagi semua jenis tuala wanita dan pantyliner. Ini memudahkan pengguna untuk memastikan tuala wanita tersebut adalah yang berkualiti.

PEMBUNGKUSAN YANG DIYAKINI




Di yakini setiap pembungkusan hanyalah yang terbaik dan di seal dan tiada udara langsung.