Tuesday 29 September 2015

AKU & PMM ( Semester 3 )








Teks: Noryani Ab Hamid
Foto: Google PMM


2 tahun lalu, aku adalah diantara pelajar di Politeknik Merlimau Melaka. Kenapa aku ingin belajar semula walaupun ketika itu umur aku 32 tahun? Di sebalik keinginan aku untuk belajar salah satu darinya adalah kerana ingin memajukan diri, dengan harapan selepas aku selesai belajar aku akan mejawat jawatan dengan taraf  Diploma Pengajian Perniagaan pada ketika itu. Selain daripada itu kerana sindirian daripada seseorang yang telah menghina insan yang pada ketika itu hanya mempunyai Sijil Pengajian Perniagaan sahaja.

Rutin aku pada ketika itu ialah perlu ke Melaka pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu & Ahad. Di awal sem pada ketika itu aku akan pergi bersama suami dan anak. Kami bertolak awal pagi kerana kelas akan bermula pada pukul 9.00 pagi dan akan menetap di Teja Suite. 

Di sini aku berkenalan dan berkawan dengan kawan sekelas aku. Di antaranya ialah Mohd Yuszaini, Hasnizan, Mohd Ashraf, Mohd Hakimi, Mohd Nazri, Khairul Shah, Faizal, Arfah & Siti Noor Fadzlira. Di awal kelas kami 10 orang yang rata-ratanya dari Johor dan Melaka.

Penasihat Akademik kami adalah Puan Zurya Binti Alias, orang Negeri. Cantik & ayu orangnya.Di antara pensyarah aku yang lain semasa sem 3 adalah Cik Nurul Esly berasal dari Batu Pahat mengajar Commercial Law, Puan Zurya mengajar  Business Managemant,Puan Rosemalaili dan Puan Muzailina mengajar AKPK, Ustaz Fidaus mengajar Agama Islam dan Sir Hamdi mengajar English. 

Aku masih ingat lagi, subjek pertama peperiksaan adalah Business Management, waktu itu aku mengigil-gigil untuk menulis jawapan. aku mngambil masa lebih kurang 10 minit untuk bertenang. Kemudian dengan tenang aku menjawab soalan yang diberikan. Bila di ingatkan semula kelakar juga masa tu.

Kertas kedua aku ambil adalah Commercial Law, kelas aku bercampur dengan pelajar sepenuh masa. Pada masa ini dapat aku lihat perbezaan diantara pelajar sepenuh masa dengan pelajar separuh masa.Ada yang tekun menjawab soalan, dan ada juga menjawab hanya 30 minit terawal kemudian mereka tidur. Bagi aku pula sayangnya mereka tidak menggunakan masa muda mereka dengan betul-betul. 

Bagi mata pelajaran lain tiada peperiksaan akhir, maka dengan itu berakhirlah semester 3.

Alhamdullilah aku dapat menghabiskan semester 3 dengan jayanya.

Akan bersambung dengan semester pendek.



No comments:

Post a Comment