Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Wednesday, 27 July 2016

Selamat Hari Raya

Foto : Sendiri
Sumber : Sendiri







Alhamdullilah, syawal ke 22 pada hari ini. Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan. Tahun ni tema raya warna hitam. Kenapa hitam? Hitam kan menawan. 

#yanizhamidonlineshoppe

Wednesday, 27 April 2016

Bersyukur

Teks : Noryani Bt Ab Hamid


Sentiasalah bersyukur di atas apa jua pilihan yang ada dan tetaplah berjalan di atas realiti yang sebenarnya.Hanya kita yang mempu memikulnya. In Sha Allah kita pasti berjaya suatu hari nanti dengan keizinan-Nya.

Friday, 1 January 2016

2016

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِالرَّحِيْــــــــــــــمِ.                    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه  وَبَرَكَاتُهُُ

Hari ini adalah hari pertama 2016 ....

YA ALLLAH,
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, Berilah kami Iman yang sempurna ,
Ilmu yang memberi manfaat, 
Rezeki yang halal,
Rakan2 yang terbaik
Rumahtangga yang bahagia,
Usia yang berkat,
Doa yang mustajab,
Hajat yang tertunai,
Kesihatan yang berterusan, 
Hutang yang terbayar,
Keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. ...

 آمِينْ... آمِينْ..يَا رَبَّ الْعَالَمِين

Tuesday, 22 December 2015

Penutupan Akaun 2015

Teks; Noryani Ab Hamid

Alhamdullilah, saya berjaya menempuh hari-hari terakhir penutupan akaun 2015 dengan jayanya. syukur ke hadrat Allah kerana memberi rezeki memudahkan penutupan akaun 2015. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. Terutama kepada Team Hortikultur & Team PTIF.

Team Hortikultur terutama kepada ketua saya Puan Mufiddah Binti Mohamad dan Puan Noor Faiezah Binti Mohd Ariffin. Manakala Team PTIF saya Cik lucyana Anak Dominic Ritay, Puan Natasha Binti Mahamad Tabor dan Puan Marfi'ah Binti Sodono, tanpa mereka semua  saya tidak dapat menjalankan tanggungjawab saya dengan jayanya.

Mustahil untuk mencapai penutupan akaun ini dengan jayanya sekiranya tiada kerjasama antara semua bahagian yang terlibat. Terdapat juga perkara-perkara yang tidak enak semasa penutupan akaun ini. Kepada mereka yang kene tegur, mereka perlu menerima setiap teguran yang diberi. Percayalah saya mempunyai visi dan misi setiap awal tahun untuk menjadikan Bahagian Hortikuktur dan Bahagian PTIF sentiasa cemerlang.

Mungin ada pihak yang akan melabelkan saya dengan berbagai-bagai gelaran, itu sudah pasti saya akui. Kenapa saya selalu pastikan setiap awal bulan tuntutan elaun perjalanan, tuntutan elaun lebih masa perlu diserahkan kepada saya sebelum 5 haribulan setiap bulan? Kerana saya ingin menceriakan kehidupan kamu sekeluarga pada cuti mingguan dan cuti rehat. Kemungkinan ada anak-anak yang sekolah di asrama penuh, sudah pasti mereka memerlukan sedikit belanja untuk dihantar kepada anak-anak mereka. Mungkin ada diantara mereka mempunyai anak-anak yang masih kecil, mereka juga memerlukan "pampers" dan susu untuk keperluan mereka. Atau mungkin ada diantara mereka ingin membawa keluarga mereka berjalan-jalan ke Mall. Siapa yang tahu kan?.

Suka tak kalau setiap bulan kena kuiri? Pasti tidak suka kan. Ya saya juga tidak suka, sebab itu saya suka tegur mereka yang terlibat melalui panggilan telefon. Adakalanya saya akan "Loud Speaker" sebab sambil bercakap saya akan membuat kerja lain. Ada juga yang mengangkap saya tegur macam nak keluar anak tekak. Terserahlah. Ada juga bila dah ditegur, tak nak buat, akhir sekali hantar pesanan "TOLONG BUATKAN" . Bulan pertama boleh diterima lagi, masuk bulan berikutnya berikutnya tak kan lah asyik nak tolong buatkan. Kerja hakiki sendiri tidak terkejar. Macam-macam cara saya dah "set-up' untuk memudahkan kerja-kerja mereka, tapi masih tidak boleh berubah. Akhir sekali saya penat, saya mengambil langkah untuk berdiam diri. Kuiri masih juga kena jawab.

Hormat?. Saya juga penat untuk menjaga hati-hati mereka. Mereka berkata saya perlu hormat mereka yang lebih tua. Mereka juga perlu hormat cara saya bekerja. Jika mereka ikut cara saya bekerja, mudahkan cara saya untuk mencapai target setiap bulan, In Sha Allah mudahlah bagi mereka. Jika mereka asyik nak membantah dan akhir sekali saya juga kena betulkan, tidak adil bagi saya kerana buat kerja dua kali.

Tanggungjawab? Saya juga mempunyai rasa tanggungjawab untuk menolong mereka, memudahkan kerja mereka. Saya juga mempunyai impian untuk menjadi yang Cemerlang setiap tahun. Oleh itu, saya rasa bertanggungjawab untuk memastikan setiap dokumen yang dihanatr kepada saya lengkap. Kadang-kadang rasa penat bila tengok dokumen tidak lengkap. Akhir sekali saya akan berkata, Aku dibayar gaji untuk membuat kerja ini, aku suka kerja ini, aku juga dibayar gaji untuk dimarah dan dibenci, yang pastinya aku kena tabah menghadapinya setiap hari. Maka setiap bulan aku akan dapat imbuhan iaitu gaji kerana bertanggungjawab di atas senarai tugas yang diamanahkan.

Perubahan?. Tahun 2016 kita tengok apa yang akan berlaku. In sha Allah.

Monday, 9 November 2015

Istighfar

Istighfar - Cara mendapatkan Rezeki yang Halal dan Berkat
Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
Amalan beristighfar sangat digalakkan dalam Islam. Allah berfirman, “Maka aku katakan kepada mereka: “Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh: 10-12).
Al- Quran dan Hadis Rasulullah SAW banyak memberikan kaedah mendapatkan rezeki.
Cuma kadangkala kita terlalu lebihkan USAHA KERAS sehingga lupa untuk bersandar padanya.
Semoga Bermanfaat

Sunday, 8 November 2015

Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah

Teks: Noryani Binti Ab Hamid

Hari ini saya nak kongsi bagaimana untuk menyemak Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah bagi kawan-kawan yang mempunyai anak sekolah rendah darjah 1-6. Klik link  https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

1. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang
2. Pilih sekolah rendah dan pilih tahun
3. Semak Laporan

* Akan keluar paparan utama juga maklumat persekolah anak anda

4. Klik keputusan peperiksaan
5. klik papar slip keputusan peperiksaan atau papar keputusan pepriksaan

* Segala markah peperiksaan akan muncul dan kita boleh lah "redeem" apa-apa untuk meraikan kejayaan anak-anak kita ya.

Selamat Mencuba

Thursday, 5 November 2015

JAMES BOND 007

Teks: Noryani Ab Hamid
Foto; Google

Hari ini 5.11.2015, apa yang best hari ini ialah nak tengok cerita James Bond 007. Nak mencuba seat yang berharga RM 46.00 di Jusco Bukit Indah. Wow pasti tak sabar. Aku dan keluarga aku merupakan kaki wayang, apa cerita yang keluar mesti kami akan tengok. Tapi bergantung kepada tahap penapisan. Sebabnya kakak tak cukup umur lagi. Dari cerita cartoon hinggalah ke filem aksi. Ada juga lah beberapa filem aksi tidak dapat tengok. Tunggu CD original keluar walaupun berbulan-bulan jugalah.

Yang bestnya pagi tadi dalam pukul 12.00 am kami baru layan James Bond 007 di BP Mall. Ceritanya menarik jangka masa dalam 1 jam 45 minit memang betul-betul best. Tak sabar nak punch out nak pergi tengok wayang. Time Quality With My Family.



Tahniah Kakak

Teks: Noryani Ab Hamid


Semalam balik dari kerja terus ambil kakak dari sekolah, dalam kereta perbualan yang biasa 

Mama: Kakak macamana sekolah hari ini ok?
Kakak: Ok mama.
Mama: Ada apa-apa yang kakak nak kongsi dengan mama hari ini?
Kakak: Hari ini ustaz bagi kertas peperiksaan Bahasa Arab.
Mama: Wah kakak dapat markah berapa?
Kakak: Kakak dapat 78% mama?
Mama: Alhamdulllilah, kakak.
Kakak; Jom mama pergi Petron.
Mama; Ok.

Sementara menunggu kakak, di dalam kereta aku terus melayang fikiran aku semasa aku sekolah dulu. Bahasa arab memang aku tak pernah dapat B pun paling-paling pun sekadar cukup syarat nak lulus. Itu pun puas lah menghafal sebab nak lulus peperiksaan.

Kakak: Jom mama balik, kakak dah beli air kotak oren ini. Satu mama punya satu kakak punya.
Mama: Alhamdullilah, walaupun aku hanya mempunyai rezeki anak seorang, perempuan pulak tu, tapi aku bersyukur kerana anugerah serta amanah yang diberikan. Dapatlah aku teman untuk bergaduh sebagai peneman aku sementara mengisi hari-hariku.

Monday, 2 November 2015

SKT OH SKT

Teks: Noryani Ab Hamid


Alhamdullilah, hari ini sudah masuk hari kedua bulan november, bermakna tinggal lagi lebih kurang 60 hari untuk menghabiskan tahun 2015. Bagi kakitangan kerajaan, bulan november adalah kemuncak bagi semua perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Begitu juga dengan perancangan tahunan bagi setiap pekerja. SKT merupakan kayu pengukur bagi semua kakitangan awam. kepada kawan-kawan marilah kita menyiapkan SKT sebelum tarikh akhir penutupan SKT.
Jom jengah-jengah Yani Hamid Online Shoppe.

Tuesday, 27 October 2015

Peperiksaan Akhir Tahun

Teks; Noryani Ab Hamid
Foto: Peribadi

Assalamualaikum kawan-kawan, alhamdullilah hari ini saya mempunyai ruang seketika   untuk berceloteh. Terasa rindu untuk bercerita. Minggu ini adalah minggu peperiksaan bagi kakak. Pejam celik-pejam celik dah sampai ke penghujung tahun bagi 2015. Kakak
pun sedang menjalani peperiksaan akhir tahun. Sekolah Agama mata pelajaran Ibadat dan Sirah, manakala Sekolah Kebangsaan Bahasa Inggeris I,II dan Sains. Harapan saya semoga kakak dapat menjawab soalan dengan tenang.


Wednesday, 30 September 2015

JEREBU OH JEREBU

Teks : Noryani Ab Hamid


Sekolah cuti lagi akibat jerebu. Tekak sudah terasa sakit walaupun sudah minum air putih dalam kuantiti yang banyak. Mood pun terasa semakin menurun. Aku harap hujan akan turun agar jerebu dapat di kurangkan.

Tuesday, 29 September 2015

Aku & Dia

 Teks & Foto: Noryani Ab Hamid

Johor cuti lagi akibat jerebu. Jadinya waktu menunggu azan isyak aku menemankan anak dara dengan membaca Buku Karangan untuk tahun 2 & 3, selesai membaca aku akan sign & memberi tarikh sebagai tanda semakan. Peperiksaan akhir tahun akan diadakan sebelum cuti sekolah yang panjang, aku berharap anak aku Aina akan menguasai penulisan dengan score markah yang lebih baik. 

AKU & JEREBU

Teks; Noryani Ab Hamid.
Sumber; Google

Akhirnya, sekolah cuti berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk. Pastinya anak-anak lah yang paling suka kerana sekolah bercuti. 


Di sini saya sertakan sedikt penerangan berkenaan jerebu (hazy condition)

Jerebu (hazy condition) merupakan satu fenomena alam akibat pengurangan jarak penglihatan yang disebabkan oleh proses serakan cahaya boleh nampak (light scattering). Di negara kita jerebu amnya disebabkan oleh partikel yang sangat halus (fine particles) akibat pembakaran daripada tanah gambut (peat soil) daripada negara jiran. Pembakaran tanah gambut ini menyebabkan pembakaran jenis pendam (smoldering) yang menghasilkan asap yang banyak. Jerebu akan bertambah teruk apabila adanya paras wap air di udara (relative humidity)yang tinggi mengelilingi partikel halus ini yang menyebabkan jarak penglihatan yang bertambah buruk.

Indeks Pencemar Udara Malaysia (Malaysian Air Pollutants Index, API) merupakan pengukuran kesan kepekatan lima bahan pencemar udara utama (Zarahan terampai kering,PM; Karbon monoksida, CO;  sulfur dioksida, SO2; nitrogen dioksida, NO2 dan ozon, O3) terhadap kesihatan dalam jangka masa pendedahan (exposure time) tertentu. Formula yang digunakan di Malaysia dan kebanyakan negara lain adalah formula yang dicadangkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) berdasarkan kajian faktor pendedahan bahan pencemar ini dengan kesihatan manusia.  Kepekatan pencemar yang tertinggi akan secara automatik terpilih sebagai bahan pencemar untuk pengiraan indeks pada masa tersebut.

Di Malaysia dan juga di kebanyakan negara lain, zarahan terampai kering (dry PM) merupakan bahan pencemar yang sering menjadi pengukur kepada API ini. Masa pendedahan (exposure time) bagi kesan PM kepada manusia adalah 24 jam. Sebab itulah API dikira dalam tempoh 24 jam selepas manusia terdedah kepada zarahan tersebut. Pengukuran pada masa jam 8.00 pagi ini misalnya mengambil kira kepekatan purata bahan pencemar daripada jam 8.00 pagi kelmarin. Faktor ini kadangkala menyebabkan faktor pengukuran API agak berlainan daripada jarak penglihatan sebenar pada masa tersebut. Selain itu pengukuran zarahan terampai yang kering tidak mengambil kira kehadiran wap air yang juga boleh menyebabkan pengurangan jarak penglihatan bertambah buruk.

API di Malaysia masih menggunakan partikel bersaiz lebih kecil daripada 10 mikrometer (PM10) sebagai faktor pengukuran API selama 24 jam. Manakala Singapura menggunakan partikel bersaiz lebih kecil daripada 2.5 mikrometer (PM2.5) sebagai faktor pengukuran PSI (Singapore Pollutant Standard Index). Faktor ini menyebabkan perbezaan yang agak ketara pengukuran API dan PSI terutamanya pada masa jerebu. Ini disebabkan pada masa jerebu lebih daripada 80% zarahan merupakan PM2.5. Faktor standard dan takat pengukuran "breakpoints" yang lebih rendah dalam pengukuran PSI PM2.5 menyebabkan PSI akan lebih tinggi daripada API yang dikira berdasarkan PM10. Difahamkan Jabatan Alam Sekitar Malaysia dalam proses akhir bagi pemantauan PM2.5 in pada masa hadapan.



Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Pesanan saya kepada kawan-kawan semua sentiasalah memakai topeng untuk mengelakkan daripada gejala kurang sihat semasa musim jerebu ini.




Monday, 21 September 2015

Blackout

Teks: Noryani Ab Hamid

Yeayyy!!! Blackout. Itu antara perkataan yang akan kita suarakan apabila pejabat blackout. Tidak dinafikan ada diantara kawan-kawan sepejabat suka dan berteriak betapa gembiranya. Tapi bagi saya selagi kerja tidak mencapai sasaran saya kurang senang dengan keadaan tersebut. Kerja dibahagian kewangan menuntut semua pembayaran adalah
berstatus 8 ( akaun dah masuk duit ) bagi kontraktor ataupun orang perseorangan.

Disamping itu , perniagaan atas talian juga memberi kesan sekiranya ketiadaan elektrik. Tidak boleh "mengakses" masuk laptop dan streamix. 

Jadinya sementara tunggu elektrik kembali, marilah kita mengemaskini fail kewangan. Kemaskini  fail yang pending sementara tunggu waktu balik.



Monday, 14 September 2015

Good Morning

Teks & Foto : Noryani Ab Hamid
#entry 14




Assalamualaikum semua. Alhamdullilah pagi ini sekali lagi kita dapat bernafas di bumi Allah yang barakah ini. Di ucapkan takziah kepada saudara kita yang telah kembali ke rahmatullah pada hari jumaat yang lepas akibat kejadian ditimpa kren di Mekah ( tempat saie ). Marilah kita mulakan hari pada hari ini dengan matlamat yang jelas supaya kita dapat capai apa yang kita impikan. In Sha Allah.

Hari ini  mood saya ingin layan lagu dari Vina Panduwinata yang bertajuk Cinta. Entah mengapa saya tertarik dengan 'arrangement' lagu ini. Ianya membuatkan saya sentiasa gembira, cantik dan senyum selalu.

Akhir sekali Good Morning beautiful, Make Happy & Smile Always kepada pembaca di Yaniz Hamid Online Shoppe.

Wednesday, 9 September 2015

Bersyukur

Teks : Noryani Ab. Hamid
Foto : Peribadi
#entry 13


Alhamdullilah, pagi ini hujan lebat telah turun membasahi bumi di Parit Raja. Rasa bersyukur kerana telah lama hujan tidak turun. Walaupun jalan licin sewaktu memandu ke pejabat, alhamdullilah selamat sampai di pejabat.

Sangat berharap agar segala urusan aku pada pagi ini akan berjalan dengan lancar dan di permudahkan oleh NYA.

Mari kita sedekahkan Al-fatihah kepada kedua ibu bapa kita, suami, anak, tak lupa juga  kepada pelanggan kita supaya mereka di murahkan rezeki untuk menjadi pelanggan kita suatu hari nanti, In Sha Allah  serta mereka yang telah hidup atau yang telah meninggal dunia.






Tuesday, 8 September 2015

Kusut

Teks : Noryani bt Ab Hamid
#entry 12

Hari ini, fikiran ku kusut sangat. Entah apa yang ku fikirkan, banyak sangat. Lepas satu-satu perkara timbul menyesakkan kepala ku. Allah. 
Sepatutnya hari ini aku ambil kakak  pada pukul 6.30 petang, tapi oleh kerana aku sendiri hilang fokus aku dah terpacak di sini pada pukul 5.30 petang. Dalam fikiran aku hari ini sepatutnya kakak balik pada pukul 5.30 petang. Hampir satu jam aku menunggu baru aku terfikir oh hari ini kakak balik pukul 6.30. Sudahnya aku terus memerhatikan jalan raya yang sentiasa bertali arus dengan kenderaan yang tidak pernah berhenti. 

Saturday, 5 September 2015

Angry Bird Go Kart Track

Teks : Noryani Ab Hamid
#entry11

Masih lagi di Angry Bird Activity Park, sekarang my doter berada di Go Kart pula. Tengok tu dia, gembira sangat kan.
Go Go Go Aina!!!!
Ops tak tengok pun camera.



Bersantai Di Balik Pokok Kaktus


Teks : Noryani Ab Hamid
#entry 10

Tak dapat menjejaki kaki di Tanah Arab sambil bersantai, kami bersantai di sinilah dulu. Di sebalik pokok kaktus gitu.
Muka penat.

Angry Bird Tarzan

 Teks: Noryani Ab Hamid
Gambar: Peribadi
#entry 9

My Doter suka main Angry Bird Tarzan ni😉. Konon-Konon nak terbang jauh lah. Hahhaha. Macam best je kan, kat bawah tu soft span, In Sha Allah tak akan tercedera. Kipidap Aina.