Tuesday 8 September 2015

Homework

Teks: Noryani Ab Hamid

Bilakah waktu yang sangat berharga bagi diriku  pada masa sekarang?. Sudah pastilah pada waktu balik sekolah dan waktu menemankan kakak di waktu membuat kerja sekolahnya. Kenapa waktu balik sekolah adalah penting? Jawapan bagi diriku adalah disaat waktu kakak balik dari sekolah, sudah pastinya dia sangat teruja untuk menceritakan segala aktivitinya di sekolah. Perkara pertama yang akan ku tanya ialah, kakak sekolah hari ini OK?. Sudah pastinya kakak akan menjawab OK dan seterusnya akan menceritakan hal-hal yang berlaku di sepanjang hari dia bersekolah. 

Apabila malam, sudah pasti di waktu membuat kerja sekolah adalah waktu yang sangat berharga bagi diriku. Kenapa?. Ini adalah kerana di waktu ini aku dapat mengetahui perkembangan tentang dirinya sepanjang kakak bersekolah. Faham atau tidak di dalam satu-satu mata pelajarannya.

Aku hanya berharap kakak akan berjaya di dalam pelajarannya dan menjadi orang yang berguna di suatu hari nanti. In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment