Tuesday 29 September 2015

AKU & JEREBU

Teks; Noryani Ab Hamid.
Sumber; Google

Akhirnya, sekolah cuti berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk. Pastinya anak-anak lah yang paling suka kerana sekolah bercuti. 


Di sini saya sertakan sedikt penerangan berkenaan jerebu (hazy condition)

Jerebu (hazy condition) merupakan satu fenomena alam akibat pengurangan jarak penglihatan yang disebabkan oleh proses serakan cahaya boleh nampak (light scattering). Di negara kita jerebu amnya disebabkan oleh partikel yang sangat halus (fine particles) akibat pembakaran daripada tanah gambut (peat soil) daripada negara jiran. Pembakaran tanah gambut ini menyebabkan pembakaran jenis pendam (smoldering) yang menghasilkan asap yang banyak. Jerebu akan bertambah teruk apabila adanya paras wap air di udara (relative humidity)yang tinggi mengelilingi partikel halus ini yang menyebabkan jarak penglihatan yang bertambah buruk.

Indeks Pencemar Udara Malaysia (Malaysian Air Pollutants Index, API) merupakan pengukuran kesan kepekatan lima bahan pencemar udara utama (Zarahan terampai kering,PM; Karbon monoksida, CO;  sulfur dioksida, SO2; nitrogen dioksida, NO2 dan ozon, O3) terhadap kesihatan dalam jangka masa pendedahan (exposure time) tertentu. Formula yang digunakan di Malaysia dan kebanyakan negara lain adalah formula yang dicadangkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) berdasarkan kajian faktor pendedahan bahan pencemar ini dengan kesihatan manusia.  Kepekatan pencemar yang tertinggi akan secara automatik terpilih sebagai bahan pencemar untuk pengiraan indeks pada masa tersebut.

Di Malaysia dan juga di kebanyakan negara lain, zarahan terampai kering (dry PM) merupakan bahan pencemar yang sering menjadi pengukur kepada API ini. Masa pendedahan (exposure time) bagi kesan PM kepada manusia adalah 24 jam. Sebab itulah API dikira dalam tempoh 24 jam selepas manusia terdedah kepada zarahan tersebut. Pengukuran pada masa jam 8.00 pagi ini misalnya mengambil kira kepekatan purata bahan pencemar daripada jam 8.00 pagi kelmarin. Faktor ini kadangkala menyebabkan faktor pengukuran API agak berlainan daripada jarak penglihatan sebenar pada masa tersebut. Selain itu pengukuran zarahan terampai yang kering tidak mengambil kira kehadiran wap air yang juga boleh menyebabkan pengurangan jarak penglihatan bertambah buruk.

API di Malaysia masih menggunakan partikel bersaiz lebih kecil daripada 10 mikrometer (PM10) sebagai faktor pengukuran API selama 24 jam. Manakala Singapura menggunakan partikel bersaiz lebih kecil daripada 2.5 mikrometer (PM2.5) sebagai faktor pengukuran PSI (Singapore Pollutant Standard Index). Faktor ini menyebabkan perbezaan yang agak ketara pengukuran API dan PSI terutamanya pada masa jerebu. Ini disebabkan pada masa jerebu lebih daripada 80% zarahan merupakan PM2.5. Faktor standard dan takat pengukuran "breakpoints" yang lebih rendah dalam pengukuran PSI PM2.5 menyebabkan PSI akan lebih tinggi daripada API yang dikira berdasarkan PM10. Difahamkan Jabatan Alam Sekitar Malaysia dalam proses akhir bagi pemantauan PM2.5 in pada masa hadapan.



Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Pesanan saya kepada kawan-kawan semua sentiasalah memakai topeng untuk mengelakkan daripada gejala kurang sihat semasa musim jerebu ini.




No comments:

Post a Comment