Thursday 13 August 2015

Salam Perkenalan

Teks: Noryani Binti Ab Hamid
#entry1

Salam Ukhwah Salam Persahabatan

Alhamdullilah dengan izin Allah swt jualah dapat saya memujudkan blog ini. Bagaimana cara saya boleh terjebak di dalam pembinaan blog ini?. Selepas habis pengajian saya di Politeknik Merlimau Melaka pada penghujung Disember 2014 saya ingin membuka kembali perniagaan "online" saya. Dimana sebelum ini 100% adalah menggunakan medium "Facebook". Selama setengah tahun saya mengikuti ABDR (Akademi Berkerja  Dari Rumah) melalui carian rambang di "Facebook". Alhamdullilah setelah saya yakin dengan program ABDR saya mula menghubunig sepupu saya iaitu Arbee Ali dan seterusnya mencari guru kepada ABDR iaitu Anys Idayu Zakaria. Dari sinilah permulaan saya mengenali ABDR.

Sebelum saya pergi jauh, suka untuk saya memperkenalkan diri saya sebagai Yaniz Hamid. Saya dilahirkan dan dibesarkan  di daerah Kota Tinggi, Johor dan melanjutkan pelajaran di Politeknik Kota Melaka dan Politeknik Merlimau Melaka dalam jurusan Pengajian Perniagaan.

Di Melaka saya belajar bagaimana cara-cara pengendalian perniagaan disamping saya bertemu dan berkenalan dengan rakan-rakan  yang berlainan negeri. Alhamdullilah sehingga kini hubungan dengan rakan-rakan masih lagi berhubung dan mesra walaupun di alam maya. Terima kasih juga kepada semua pensyarah-pensyarah saya yang banyak memberi ilmu, semangat dan perangsang untuk menamatkan pengajian dengan jayanya.

Di Melaka juga lah saya berkenalan dan bertemu jodoh dengan rakan sekelas walaupun perkenalan di antara kami setelah kami habis belajar. Alhamdullilah kini sudah 10 tahun kami melayari bahtera rumahtangga dan dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat manja, aktif dan bijak.

Saya mula bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kewangan pada tahun 2013 dan sehingga kini saya masih lagi menjawat jawatan tersebut di sebuah daerah di Batu Pahat.

Kini saya ingin memfokus kepada jualan online seperti produk Jamu Susuk Dara, Pad Lexee, Gel Amani, produk kampung seperti kerepek pisang, tempeyek, kuah pecel, tupperware dan produk-produk lain yang akan difikirkan kemudian. Kenapa saya berniaga online?. Pertamanya untuk mencari pendapatan sampingan. Keduanya ingin menbantu seorang makcik untuk memasarkan produk kampung yang dibuat sendiri "homemade". 

Selamat berkenalan buat semua. Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya ini.

No comments:

Post a Comment