Sunday 23 August 2015

K.A.K.A.K

Teks: Noryani Binti Ab.Hamid
#entry8

Khamis  lepas  kakak demam. Kakak mudah kene demam, mudah sakit," antibody" kakak tak kuat. Itu yang aku perlu akui. Petang khamis sewaktu aku ambil kakak di rumah MIL, kakak tunjukkan sebiji "chicken pox" yang baru  tumbuh di kulit kepala dia. Memula aku ingatkan jerawat. tapi bila pikir-pikir tak kan lah jerawat?. Sampai rumah masa mandi banyak lagi tumbuh biji-biji merah. Sah "Chicken Pox" ni, detik kata hati aku. Rancangnya nak pergi clinic malam tu juga, tapi tak dapat sebab kakak dah tidur akibat makan ubat demam.

Besok pagi selepas mandi pagi kakak pergi ke klinik dengan ayah dia. Selesai di klinik mereka pun balik ke rumah. TETAPI, Allah nilai harga ubat naik. Jumlah bayaran ubatan RM 115.00. terkedu aku. Tapi itu lah nilai harga semasa ubat sekarang. Belek-belek di Fb pun ada kenyataan harga ubat dah naik. tersenyum aku.

Untuk rawatan demam  "Chicken Pox", pesakit perlu selalu mandi. Mandi pula pesakit di nasihatkan menggunakan sabun sebamed. Selain itu kuku kene pendek dan jangan berpeluh. itu pesanan  Doktor. Ubat demam pun lain , "Fever n Pain" . Demam "Chicken Pox"  ini badan akan rasa sakit sebab nak keluarkan kuman di dalam badan. Ubat "Anti Viral" untuk mengelakkan daripada pesakit merebakkan kuman  "Chicken Pox". Dengan erti kata lain, pesakit tidak dibenarkan berhubung dengan orang luar. Ubat gatal @ alahan untuk menggelakkan pesakit dari berasa gatal selain ubat cream untuk di letakkan di seluruh badan pesakit.

Kakak cuti seminggu dari persekolahannya. Harap-harap kakak dapat lah hafal sifir. Gunakan masa bercuti sakit ini dengan aktiviti yang berfaedah. Pesan kakak sebelum aku ke pejabat tadi.

Kakak; Mama, jangan lupa yer gambar frozen, gambar butterfly, gambar cat dan gambar barbie. Kakak nak 3 keping tau.
Aku: Ok kakak, mama print kan, tapi janji hafal sifir, sambil aku kenyitkan mata. Harap, kakak faham maksud aku.

Kakak,

Mama banyak berhutang masa dengan kakak,
Mama selalu marah dengan kakak  kalau kakak tidak mencapai KPI kakak,
Mama selalu marah kalau kakak sepahkan bilik kakak,
Mama selalu penat bila kakak ajak mama bermain dengan kakak,
Hakikatnya kakak,
Mama teringin nak sentiasa dengan kakak di waktu kakak membesar,
Tapi mama kena kerja kakak, masa mama terikat dengan kontrak sosial,
Mama nak kakak mencapai KPI menjadi pelajar terbaik, tetapi mama sendiri tiada masa bila kakak nak exam, sebab apabila balik sekolah  kakak dah penat kakak tidur awal, mama emosi bila kawan-kawan mama selalu bercerita tentang kejayaan anak mereka mencapai KPI mereka,
Mama lupa kakak tidak sehebat mereka, tapi kakak sentiasa tersenyum dengan mama,
Mama masih terbayang-bayang senyuman kakak,
Mama rimas bila bilik kakak bersepah, tapi bilik yang bersepah itu lah kakak mengisi masa lapang kakak, sebab mama sendiri tak dapat nak teman kan kakak selalu, kakak sentiasa berimaginasi sendiri, kadang-kadang kakak buatkan mama kad ucapan. Mama terharu kakak,
Kakak selalu cakap kakak keseorangan, hakikatnya kakak ajal, maut, rezeki adalah di tangan Allah,
Kita hanya perlu berusaha untuk mendapatkanNYA dan selalu meminta kepadaNYA
Mama pun tak suka apabila orang selalu bertanya tentang itu,
Kerana mereka tidak tahu apa yang kita hadapi,
Dan mama sendiri tak suka dengan apa yang mereka katakan,
Kerana mereka tidak tahu apa yang telah kita alami,
Tapi kakak,
Mama bahagia dengan kehidupan kita,
Mama berharap kita akan sentiasa bersama.
Mama, Papa & Kakak.


No comments:

Post a Comment