Sunday 16 August 2015

Anak

Teks: Noryani Binti Ab Hamid
#entry2

Hari Khamis yang lepas,tengok cerita Tanah Kubur di Astro Oasis sebak rasanya bukan apa, seorang ibu sanggup memukul seorang anak yang masih kecil kerana anak tersebut belum lagi mampu berdikari dengan rotan. Allahu Akbar. Sepatutnya seorang ibu perlu melindungi, mengajar, memberi kasih sayang kepada anak tersebut dan bukan memukul anak tersebut. Walaupun telah di beri nasihat oleh jiran-jiran serta suami beliau, beliau masih lagi berbuat begitu. Sehingga akhirnya anak tersebut meninggal dunia. Setelah anaknya meninggal ibu tersebut meroyan dan masih menyangka anaknya masih hidup. Allah. Itu lah balasan dari Allah kepada seorang ibu yang tidak menjaga amanah seorang anak. Semoga kita dapat menjaga amanah Allah yang satu ini.

Kadangkala sering kali kita merintih apabila kita tidak mempunyai anak. Tetapi sering kali kita meminta kepada-NYA untuk memiliki seorang anak. Alhamdullilah, jika kita dikurniakan seorang anak yang boleh membantu kita di alam kubur kelak. Kepada kawan-kawan yang masih belum memiliki anak atau berusaha untuk mendapatkan anak, bersabarlah sesungguhnya masa itu akan tiba jua nanti. In Sha Allah.


Di sini saya ingin berkongsi sedikit Doa Untuk Anak yang saya "copy paste" di "imuslimshop.com" semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua di dalam mendidik anak-anak kita.

No comments:

Post a Comment