Thursday 20 August 2015

Rindu Kakak

Teks: Noryani Binti Ab Hamid
#entry7

Telefon aku berbunyi. Tengok 'screenphone' mother in law call. Aku pun angkat tapi, rupanya kakak call.

Kakak : Assalamualaikum mama.
Aku : Waalaikumussalam kakak. Kenapa kakak?
Kakak : Kakak rindu dengan mama. (Allah, sebak hati aku mendengarnya)
Aku : Mama pun rindu kakak. Kenapa? Mama kerja lah sayang.
Kakak: Kakak nk mama 'print' gambar frozen, cat, butterfly and barbie.
Aku : Ok kakak. Miss U dear.
Kakak : Miss U too Mama.

Termenung aku sekejap kerana aku baru sahaja meninggalkan anak aku di atas jagaan Mak mertua aku. Anak aku demam malam tadi. Allah. Musim demam agaknya kan sekarang ni. Tak sabar nak balik, nak peluk dia, nak marah dia, nak gaduh dengan dia, dan  nak buli dia.

Tanpa melengahkan masa aku pun cetak 4 gambar yang dia mintak. walaupun simple permintaan dia, aku tahu dia pasti gembira jika aku menyerahkan gambar tersebut kepada dia.

Aku akan hargai dia, aku akan jaga dia, aku sayang dia, dialah amanah aku.

Kakak, tunggu mama balik ambil kakak yer.

No comments:

Post a Comment