Menjual Produk Jamu Susuk Dara, Gel Amani,Tuala Wanita Lexee, Desecret Pewangi Pakaian, Buku Ilmiah,Smart Tycoon Group & Tudung Neolofar Hijab
Tuesday, 29 December 2015
Bisness Cara Kami
Desecret Pewangi Fabrik
Hand Body Lotion
Bisness Cara Kami
Tuesday, 22 December 2015
Penutupan Akaun 2015
Alhamdullilah, saya berjaya menempuh hari-hari terakhir penutupan akaun 2015 dengan jayanya. syukur ke hadrat Allah kerana memberi rezeki memudahkan penutupan akaun 2015. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. Terutama kepada Team Hortikultur & Team PTIF.
Team Hortikultur terutama kepada ketua saya Puan Mufiddah Binti Mohamad dan Puan Noor Faiezah Binti Mohd Ariffin. Manakala Team PTIF saya Cik lucyana Anak Dominic Ritay, Puan Natasha Binti Mahamad Tabor dan Puan Marfi'ah Binti Sodono, tanpa mereka semua saya tidak dapat menjalankan tanggungjawab saya dengan jayanya.
Mustahil untuk mencapai penutupan akaun ini dengan jayanya sekiranya tiada kerjasama antara semua bahagian yang terlibat. Terdapat juga perkara-perkara yang tidak enak semasa penutupan akaun ini. Kepada mereka yang kene tegur, mereka perlu menerima setiap teguran yang diberi. Percayalah saya mempunyai visi dan misi setiap awal tahun untuk menjadikan Bahagian Hortikuktur dan Bahagian PTIF sentiasa cemerlang.
Mungin ada pihak yang akan melabelkan saya dengan berbagai-bagai gelaran, itu sudah pasti saya akui. Kenapa saya selalu pastikan setiap awal bulan tuntutan elaun perjalanan, tuntutan elaun lebih masa perlu diserahkan kepada saya sebelum 5 haribulan setiap bulan? Kerana saya ingin menceriakan kehidupan kamu sekeluarga pada cuti mingguan dan cuti rehat. Kemungkinan ada anak-anak yang sekolah di asrama penuh, sudah pasti mereka memerlukan sedikit belanja untuk dihantar kepada anak-anak mereka. Mungkin ada diantara mereka mempunyai anak-anak yang masih kecil, mereka juga memerlukan "pampers" dan susu untuk keperluan mereka. Atau mungkin ada diantara mereka ingin membawa keluarga mereka berjalan-jalan ke Mall. Siapa yang tahu kan?.
Suka tak kalau setiap bulan kena kuiri? Pasti tidak suka kan. Ya saya juga tidak suka, sebab itu saya suka tegur mereka yang terlibat melalui panggilan telefon. Adakalanya saya akan "Loud Speaker" sebab sambil bercakap saya akan membuat kerja lain. Ada juga yang mengangkap saya tegur macam nak keluar anak tekak. Terserahlah. Ada juga bila dah ditegur, tak nak buat, akhir sekali hantar pesanan "TOLONG BUATKAN" . Bulan pertama boleh diterima lagi, masuk bulan berikutnya berikutnya tak kan lah asyik nak tolong buatkan. Kerja hakiki sendiri tidak terkejar. Macam-macam cara saya dah "set-up' untuk memudahkan kerja-kerja mereka, tapi masih tidak boleh berubah. Akhir sekali saya penat, saya mengambil langkah untuk berdiam diri. Kuiri masih juga kena jawab.
Hormat?. Saya juga penat untuk menjaga hati-hati mereka. Mereka berkata saya perlu hormat mereka yang lebih tua. Mereka juga perlu hormat cara saya bekerja. Jika mereka ikut cara saya bekerja, mudahkan cara saya untuk mencapai target setiap bulan, In Sha Allah mudahlah bagi mereka. Jika mereka asyik nak membantah dan akhir sekali saya juga kena betulkan, tidak adil bagi saya kerana buat kerja dua kali.
Tanggungjawab? Saya juga mempunyai rasa tanggungjawab untuk menolong mereka, memudahkan kerja mereka. Saya juga mempunyai impian untuk menjadi yang Cemerlang setiap tahun. Oleh itu, saya rasa bertanggungjawab untuk memastikan setiap dokumen yang dihanatr kepada saya lengkap. Kadang-kadang rasa penat bila tengok dokumen tidak lengkap. Akhir sekali saya akan berkata, Aku dibayar gaji untuk membuat kerja ini, aku suka kerja ini, aku juga dibayar gaji untuk dimarah dan dibenci, yang pastinya aku kena tabah menghadapinya setiap hari. Maka setiap bulan aku akan dapat imbuhan iaitu gaji kerana bertanggungjawab di atas senarai tugas yang diamanahkan.
Perubahan?. Tahun 2016 kita tengok apa yang akan berlaku. In sha Allah.
Bisness Cara Kami
Saturday, 5 December 2015
Kenapa perlu bertukar kepada LEXEE
Friday, 13 November 2015
Akademi Bekerja Di Rumah
Thursday, 12 November 2015
Akademi Bekerja Di Rumah
Akademi Bekerja Di Rumah
Wednesday, 11 November 2015
Bertanya Kepada ALLAH
Kelas Online ABDR
Akademi bekerja di rumah (ABDR)
2) Pilih kelas.
3) Pilih kategori yuran.
4) Daftar melalui pengurus online atau rakan niaga ABDR,
5) Daftar, analisa dan masuk kelas (Facebook secret group).
+ Pelajar boleh selesaikan tugasan walau di mana sahaja berada.
+ Waktu untuk selesaikan tugasan juga fleksibel.
+ Nota tutorial lengkap bergambar disediakan.
+ Masih boleh ikuti toturial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan.
Kelas berlangsung selagi mana pelajar perlu menyelesaikan tugasan.
Punca Faraj Berbau Busuk
Copy Paste Teks Pengasas Jamu Susuk Dara
Ramai yang tidak sedar lendir yang macam hingus ni duduk dalam faraj.
Kerana apa?
.
Lebih dasyat ianya tidak menunjukkan sedikit pun tanda-tanda bermasalah melainkan apabila sudah kronik.
Bagi saya lendir dalam faraj hendaklah dibersihkan setiap hari pagi petang siang malam untuk memastikan dalaman faraj bersih.
Akibat tidak membuat pembersihan setiap hari akan mengundang perkara yang tidak baik dari segi keselesaan, kesihatan, hubungan intim seterusnya menjebak kepada masalah rumahtangga.
.
Ini memang kepakaran dan kepandaian yang ada pada saya.
Berkongsi kebaikan menjaga dalaman faraj sihat.
Bagi saya muka cantik tak membawa ke syurga.
Miss V cantik hari-hari suami singgah ke syurga.
Cuba bayangkan, kalau gigi tak pernah dicuci atau di berus.
Boleh imagine tak orang tak gosok gigi seminggu bau mulut macam mana?
.
Bahagian bawah tu pun mcm itu kalau dalamannya yg berlendir tu tak dicuci lagi-lagi selepas berjimak, lepas nifas, lepas haid. Macam mana bau nya?
Keperapan berbulan-bulan, pemerapan bertahun-tahun.
Kalau tak gosok gigi boleh jadi bengkak gusi.
Kalau tak cuci dalam Miss V tu jadi apa agaknya dalam dinding faraj tu?
.
Jom check diri.
Tuesday, 10 November 2015
Feminine Wash -Jamu Susuk Dara
Feminin Wash - Jamu Susuk Dara
Motivasi Menulis Di Blog
Monday, 9 November 2015
IDEA UNTUK MENULIS
.
.
Ini enam tips jika kalian buntu nak menulis. Semoga ia bermanfaat buat kalian agar konsisten menaip entry di blog.
IDEA UNTUK MENULIS
=================
1. Tulis catatan harian, setiap hati ada ilmu baru dalam kehidupan. Tulis dan kaitkan dengan fokus blog.
2. Catatan pengalaman. Terbahagi kepada dua. Pengalaman bisnes atau pengalaman kerja. Banyak catatan pengalaman yang boleh diceritakan.
3. Buku nota. Keluarkan idea dalam buku nota. Wajib sehingga selesai 44 entri.
4. Kata carian 40. Ia membantu sama untuk entri seterusnya.
5. Blog lama. Blog lama masih ada idea yang boleh disegarkan semula, ambil dan tulis semula.
6. Buku dan rujukan. Ini perlu sebagai bahan bacaan berterusan.
Lintas langsung : Kelas Asas Blog dan Penulisan
Whatsapp : 019.729.06.23
Pengurus Online Abdr
Istighfar
Rasulullah bersabda, βBarangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,β(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
Pengurus Online ABDR
Kini anda tidak perlu risau lagi.
Berdaftarlah Sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah!!!
Anda akan mendapat Satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.
Apa yang kalian dapat ialah satu blog tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan
Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH. HANYA HUJUNG JARI SAHAJA!!!
Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya
Apa itu ABDR?
Hai, saya Noryani Binti Ab Hamid, Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah
Kami dari jemaah ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi kalian suri yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online.
Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.
-Belajar asas berjualan melalui program dropship.
-Belajar menjual produk fizikal.
-Belajar menjual produk digital.
-Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.
Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.
2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah
KELAS ASAS BLOG PENULISAN:
1. Belajar asas blog (blogspot)
2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
3. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.
4. Belajar menulis secara konsisten.
5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.
8. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
9.Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label. Ia akan diberikan selepas daftar dan analisa.
2. KELAS ASAS BLOG MULA BISNES
1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
2. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk piihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.
5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
8. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Yuran kelas adalah berbeza mengikut pakej :
RM250 (KELAS BLOG BISNES ATAU KELAS BLOG PENULISAN - boleh pilih salah satu kelas + PENGURUS ONLINE ABDR) bonus 6 ebook (ebook blog, super wahm supermom, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea bisnes, ebook yeay mama sudah resign, ebook 10langkah mudah bina kedai online)
YURAN RM300 KELAS BLOG MULA BISNES PENULISAN SERENTAK + PENGURUS ONLINE ABDR (BONUS 10 EBOOK - ebook blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea bisnes, ebook panduan berpantang, ebook resipi berpantang, ebook super wahm supermom, ebook rahsia khidmt pelanggan, ebook yeay mama sudah resign, ebook 10langkah bina kedai online blum terbit, ebook panduan rakn niaga blum terbit)
## Kelas online sahaja dalam group kelas di facebook
## Masa belajar yang sangat fleksibel ikut masa pelajar sendiri. Tiada limit masa ditetapkan
## Nota toturial bergambar lengkap disediakan
## Dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni akademi yang merupakan usahawan online n wahm
## Masih boleh ikuti toturial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan
## Dapat menjana pendapatan dengan produk ABDR jika mendaftar sebagai PENGURUS ONLINE
Jika anda bersedia untuk menggunakan blog sebagai medium pemasaran yang paling efektif, menjadikan blog sebagai medium perkongsian dan blog anda mudah berada di carian google, dan mudah dijejak pembaca, jom sertai KELAS ONLINE BLOG ABDR ini.
Baca lebih banyak ulasan pelajar ABDR di blog utama http://akademibekerjadirumah.blogspot.com
Jemput singgah blog saya http://noryaniabhamid.blogspot.com
.
.
Jika sudah bersedia, boleh mendaftar untuk bersama keluarga besar ABDR. Iaitu kumpulan sokongan surirumah secara online.
Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya :
Email : noryaniabhamid@gmail.com
sms/ wsapp / telegram : 019-729 0623
BUKU HIDUP LUARBIASA
- hujung bulan, tiada siapa yg akan hulur duit bayar bil & ansuran rumah anda. No money hujung bulan as usual. So kita must plan dari awal bulan utk itu.
- No more 'sabtu ahad' hari cuti atau kerja 8-5 sahaja. Bisnes kena aktif tiap-tiap hari. Pagi hingga tengah malam.
- Jika waktu kerja anda fikir dah banyak kerja, bila masuk bisnes anda akan berhadapan lagi banyak kerja. 10 KALI GANDA.
- Tekanan? Ya ada dan sangat tinggi, sebab dulu anda hanya fikir nak bayar bil sensorang, kini anda akan fikir bil orang lain (gaji pekerja).
- Anda nak berbisnes sebab nak rileks? Jangan harap. Disini anda perlu menguras tenaga 120%. Anda perlu luarbiasa kreatif. Anda perlu luarbiasa open kpd semua orang. Anda perlu luarbiasa tabah & sabar.
- Kalau anda jarang berdoa, kurang jaga solat, kurang berzikir, bisnes anda lebih mudah melingkut kerana 'wifi' anda dengan Maha pembuka rezeki selalu sangkut.
Ini realitinya. Tak percaya, tanya otai-otai bisnes.
Tips ini hanya akan valid jika anda nak bisnes berjaya. Kalau anda masuk bisnes atas mentaliti nak melingkup pada hujungnya atau mentaliti 'so-so', jangan percaya tips di atas.
Even, jangan masuk bisnes jika anda tak prepare mental & fizikal berdasarkan point di atas. Jika tidak anda pasti kecewa, sama seperti beratus ribu yg lain yg masuk bisnes & kemudiannya melingkup.
Sebab mereka fikir, masuk bisnes nak rileks & jadi boss!
Mereka tak perasan, dalam bisnes kita kuli nombor 1.
Cuma berita baiknya, boss kita luarbiasa : Tuhan.
.
.
Thats why Dr. Azizan Osman & saya tulis buku Hidup Luarbiasa. Nak betulkan alignment dalaman dulu sblm betulkan ilmu luaran. Selalunya orang yg betul pemikiran (ada syukur, sabar redha tawakkal doa sujud dll), bisnesnya pasti mantap.
Sbb dalamanlah yg mencerminkan luaran.
(Us Mohammad Asraff Ayob)
Kelas Online ABDR
Jangan sesakili kembali mengadu kepada pelanggan bahawa kita penat, bermasalah, sedang sibuk. Sudah namanya mahu berbisnes kita mesti perlu tangani situasi ini dengan baik
.
.
Kelas Online ABDR
.
Jom belajar lanjut dalam kelas online blog ABDR
Sunday, 8 November 2015
Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah
Hari ini saya nak kongsi bagaimana untuk menyemak Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah bagi kawan-kawan yang mempunyai anak sekolah rendah darjah 1-6. Klik link https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
1. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang
2. Pilih sekolah rendah dan pilih tahun
3. Semak Laporan
* Akan keluar paparan utama juga maklumat persekolah anak anda
4. Klik keputusan peperiksaan
5. klik papar slip keputusan peperiksaan atau papar keputusan pepriksaan
* Segala markah peperiksaan akan muncul dan kita boleh lah "redeem" apa-apa untuk meraikan kejayaan anak-anak kita ya.
Selamat Mencuba
Thursday, 5 November 2015
JAMES BOND 007
Foto; Google
Hari ini 5.11.2015, apa yang best hari ini ialah nak tengok cerita James Bond 007. Nak mencuba seat yang berharga RM 46.00 di Jusco Bukit Indah. Wow pasti tak sabar. Aku dan keluarga aku merupakan kaki wayang, apa cerita yang keluar mesti kami akan tengok. Tapi bergantung kepada tahap penapisan. Sebabnya kakak tak cukup umur lagi. Dari cerita cartoon hinggalah ke filem aksi. Ada juga lah beberapa filem aksi tidak dapat tengok. Tunggu CD original keluar walaupun berbulan-bulan jugalah.
Yang bestnya pagi tadi dalam pukul 12.00 am kami baru layan James Bond 007 di BP Mall. Ceritanya menarik jangka masa dalam 1 jam 45 minit memang betul-betul best. Tak sabar nak punch out nak pergi tengok wayang. Time Quality With My Family.
Tahniah Kakak
Semalam balik dari kerja terus ambil kakak dari sekolah, dalam kereta perbualan yang biasa
Mama: Kakak macamana sekolah hari ini ok?
Kakak: Ok mama.
Mama: Ada apa-apa yang kakak nak kongsi dengan mama hari ini?
Kakak: Hari ini ustaz bagi kertas peperiksaan Bahasa Arab.
Mama: Wah kakak dapat markah berapa?
Kakak: Kakak dapat 78% mama?
Mama: Alhamdulllilah, kakak.
Kakak; Jom mama pergi Petron.
Mama; Ok.
Sementara menunggu kakak, di dalam kereta aku terus melayang fikiran aku semasa aku sekolah dulu. Bahasa arab memang aku tak pernah dapat B pun paling-paling pun sekadar cukup syarat nak lulus. Itu pun puas lah menghafal sebab nak lulus peperiksaan.
Kakak: Jom mama balik, kakak dah beli air kotak oren ini. Satu mama punya satu kakak punya.
Mama: Alhamdullilah, walaupun aku hanya mempunyai rezeki anak seorang, perempuan pulak tu, tapi aku bersyukur kerana anugerah serta amanah yang diberikan. Dapatlah aku teman untuk bergaduh sebagai peneman aku sementara mengisi hari-hariku.
Tuesday, 3 November 2015
P.E.W.A.N.G.I P.A.K.A.I.A.N S.E.M.A.K.I.N D.I.K.E.N.A.L.I
Foto: Peribadi
Alhamdullilah, Pewangi Pakaian Desecret semakin mendapat tempat dikalangan pengguna, dengan harga RM16.50, kandungan 250ml, baunya yang segar, pekat, jimat dan semestinya menjimatkan.
Seorang customer terus ambil 24 botol untuk hadiah hari keluarga di pejabatnya. Alhamdullilah, saya sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi sempena awal bulan November ini. Harapnya semakin meluaslah perniagaan Yaniz Hamid Online Shoppe ini. In Sha Allah boleh di agih-agihkan kepada insan-insan yang memerlukan.
Sedekah? Jangan lupa ya. Ianya juga sebahagian daripada kelancaran perniagaan yang sedang kita usahakan. Yang pasti perlu yakin dengan rezeki Allah
Monday, 2 November 2015
SKT OH SKT
Tuesday, 27 October 2015
Jamu Susuk Dara- Feminin Wash
Foto : Peribadi
Alhamdullilah, Feminin Wash dari Jamu Susuk Dara yang terhangat di pasaran sudah kembali.
Boleh dapatkan dari saya hanya di Yaniz Hamid Online Shoppe.
COD-Di kawasan parit Raja, UTHM, Renggit & Senggarang
Peperiksaan Akhir Tahun
Foto: Peribadi
Assalamualaikum kawan-kawan, alhamdullilah hari ini saya mempunyai ruang seketika untuk berceloteh. Terasa rindu untuk bercerita. Minggu ini adalah minggu peperiksaan bagi kakak. Pejam celik-pejam celik dah sampai ke penghujung tahun bagi 2015. Kakak
pun sedang menjalani peperiksaan akhir tahun. Sekolah Agama mata pelajaran Ibadat dan Sirah, manakala Sekolah Kebangsaan Bahasa Inggeris I,II dan Sains. Harapan saya semoga kakak dapat menjawab soalan dengan tenang.
Tuesday, 20 October 2015
Jamu Susuk Dara- Magic Sinus soap
Foto: Peribadi
Assalamualaikum semua. Alhamdullilah pagi ini saya berkesempatan untuk menulis di blog saya ini. Pagi ini saya hendak bercerita mengenai Resdung. Di Jamu Susuk Dara kami ada menjual Magic Sinus Soap untuk kawan-kawan yang mempunyai penyakit Resdung.
Setiap pagi bersin sana, bersin sini, gonyoh-gonyoh hidung sampai merah, pasti gatal kadang-kadang sampai biji mata pun berair, muka gatal lagi. Nak tahu kenapa? Ulat Resdung sedang bekerja untuk menggatal kan kawasan muka kawan-kawan.
Jadinya perlu lah setiap pagi mencuci kawasan muka, telinga supaya ulat-ulat resdung tersebut dapat dikurangkan sedikit demi sedikit. Harganya hanya RM28.90 sahaja sekotak. murah kan berbanding terpaksa bersin setiap hari, setiap pagi, gatal-gatal muka lagi. Jom order.
Sunday, 11 October 2015
Gel Amani
Magic Body Slim Soap
Digunakan setiap kali mandi untuk mendapatkan bentuk badan dan kulit yang anda inginkan.
DIGOSOK:
1- Mana-mana bahagian yg berlemak, besar dan menggeleber
2- Berparut
3- Celah kekotoran degil
4- Badan berjerawat batu dan berbiji akibat lemak keras dan kesan luka.
KESAN PENGGUNAAN:
1- Melancarkan peredaran darah
2- Penggelupasan kulit secara perlahan
3- Penggantian kulit semulajadi
4- Menghasilkan kulit tubuh yang cantik, tegang , licin dan lembap
5- Menghilangkan kesan parut seperti rekahan selepas beranak
6- Menghilangkan kekotoran seperti kerak dan daki yang terpendam.
Selain dari bahan-bahan aktif untuk memecahkan lemak di lapisan bawah kulit, sabun ini mengandungi vitamin dari daun pegaga, seaweed, scrub beras dan bahan aktif untuk melembut dan melembapkan kulit. Vitamin dr pegaga n seaweed akan membentuk sel-sel baru lalu menyubur, menyihatkan dan memutihkan kulit dan menghalang pembentukan parut. Bagus juga diguna pada perut yang pecah2 akibat regangan semasa mengandung.
Hanya Kerana Aku Seorang Kerani
Agak lama aku tidak mencoretkan apa-apa aktiviti di blog aku ini. Lantaran kesibukkan dengan tugas hakiki aku di pejabat. Tugas aku sebagai kerani kewangan menuntut aku untuk melunaskan laporan dan juga tuntutan seperti elaun lebih masa, elaun perjalanan dan pembayaran Local Order.
Adakala di suatu ketika, hati aku seakan meronta apabila ada cakap-cakap belakang yang mempertikaikan hasil kerja aku. Sehabis baik aku melaksanakannya. Ada juga yang melenting apabila aku menegur tentang hasil kerja apabila laporan yang dihantar tidak lengkap. Sampai satu tahap aku sudah bosan berurusan dengan mereka ini. Pada aku dia tidak ikhlas dengan kerja yang diamanahkan kepadanya. Dia tidak fikir akibat daripada keingkarannya, sudah pasti pihak aku akan mendapat kuiri dari pihak atasan. Sudah puas aku mengajar, menunjuk malah sampai satu tahap terselit memo meminta untuk dibuatkan. ALLAH.
Itu cabaran yang perlu aku hadapi apabila aku bekerja. Aku cuma berharap satu hari nanti aku akan bekerja dari rumah. Ya Akademi Bekerja dari Rumah. Ketika ini semangat aku seakan luntur dengan isu yang remeh ini. Tapi aku kene hadapi juga. Ya esok ada mesyuarat untuk membincangkan perkara yang sebegini remeh. Aku harap esok akan ada jawapan yang boleh aku ungkaikan.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku rezeki kerja ini,
Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku pengalaman ini,
Terima Kasih Ya Allah kerana aku menjadi pilihanmu,
Terima Kasih Ya Allah kerana aku dapat mengenal hati rakan-rakan seperjuanganku,
Terima Kasih Ya Allah atas perasaan ini,
Terima Kasih Ya Allah atas kekuatan ini,
Terima Kasih Ya Allah atas kekalutan ini,
Terima Kasih Ya Allah atas nikmatmu ini,
Terima Kasih Ya Allah atas pilihanmu ini.
Thursday, 1 October 2015
PEWANGI PAKAIAN
- Lebih harum
- Lebih wangi
- Lebih menyegarkan
- Lebih jimat
- Lebih tahan lama
- Kandungan 250 ml
- Satu pewangi sahaja
- Harga RM 16.50