Sunday 11 October 2015

Hanya Kerana Aku Seorang Kerani

Teks: Noryani Ab Hamid


Agak lama aku tidak mencoretkan apa-apa aktiviti di blog aku ini. Lantaran kesibukkan dengan tugas hakiki aku di pejabat. Tugas aku sebagai kerani kewangan menuntut aku untuk melunaskan laporan dan juga tuntutan seperti elaun lebih masa, elaun perjalanan dan pembayaran Local Order.

Adakala di suatu ketika, hati aku seakan meronta apabila ada cakap-cakap belakang yang mempertikaikan hasil kerja aku. Sehabis baik aku melaksanakannya. Ada juga yang melenting apabila aku menegur tentang hasil kerja apabila laporan yang dihantar tidak lengkap. Sampai satu tahap aku sudah bosan berurusan dengan mereka ini. Pada aku dia tidak ikhlas dengan kerja yang diamanahkan kepadanya. Dia tidak fikir akibat daripada keingkarannya, sudah pasti pihak aku akan mendapat kuiri dari pihak atasan. Sudah puas aku mengajar, menunjuk malah sampai satu tahap terselit memo meminta untuk dibuatkan. ALLAH.

Itu cabaran yang perlu aku hadapi apabila aku bekerja. Aku cuma berharap satu hari nanti aku akan bekerja dari rumah. Ya Akademi Bekerja dari Rumah. Ketika ini semangat aku seakan luntur dengan isu yang remeh ini. Tapi aku kene hadapi juga. Ya esok ada mesyuarat untuk membincangkan perkara yang sebegini remeh. Aku harap esok akan ada jawapan yang boleh aku ungkaikan.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku rezeki kerja ini,
Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku pengalaman ini,
Terima Kasih Ya Allah kerana aku menjadi pilihanmu,
Terima Kasih Ya Allah kerana aku dapat mengenal hati rakan-rakan seperjuanganku,
Terima Kasih Ya Allah atas perasaan ini,
Terima Kasih Ya Allah atas kekuatan ini,
Terima Kasih Ya Allah atas kekalutan ini,
Terima Kasih Ya Allah atas nikmatmu ini,
Terima Kasih Ya Allah atas pilihanmu ini.


No comments:

Post a Comment