Thursday 5 November 2015

Tahniah Kakak

Teks: Noryani Ab Hamid


Semalam balik dari kerja terus ambil kakak dari sekolah, dalam kereta perbualan yang biasa 

Mama: Kakak macamana sekolah hari ini ok?
Kakak: Ok mama.
Mama: Ada apa-apa yang kakak nak kongsi dengan mama hari ini?
Kakak: Hari ini ustaz bagi kertas peperiksaan Bahasa Arab.
Mama: Wah kakak dapat markah berapa?
Kakak: Kakak dapat 78% mama?
Mama: Alhamdulllilah, kakak.
Kakak; Jom mama pergi Petron.
Mama; Ok.

Sementara menunggu kakak, di dalam kereta aku terus melayang fikiran aku semasa aku sekolah dulu. Bahasa arab memang aku tak pernah dapat B pun paling-paling pun sekadar cukup syarat nak lulus. Itu pun puas lah menghafal sebab nak lulus peperiksaan.

Kakak: Jom mama balik, kakak dah beli air kotak oren ini. Satu mama punya satu kakak punya.
Mama: Alhamdullilah, walaupun aku hanya mempunyai rezeki anak seorang, perempuan pulak tu, tapi aku bersyukur kerana anugerah serta amanah yang diberikan. Dapatlah aku teman untuk bergaduh sebagai peneman aku sementara mengisi hari-hariku.

No comments:

Post a Comment