Monday 9 November 2015

Kelas Online ABDR

Tip Urus Emosi wink emoticon
Mengurus emosi sendiri, mengurus emosi bersama pelanggan khusus untuk surirumah sibuk tahap dewa, anak-anak kecil, pelanggan online, rumah bersepah, anak-anak banyak kerenah.
1.jangan sesekli jawab pertanyaan pelanggan ketika emosi kita kurang stabil
Jangan sesakili kembali mengadu kepada pelanggan bahawa kita penat, bermasalah, sedang sibuk. Sudah namanya mahu berbisnes kita mesti perlu tangani situasi ini dengan baik
2. Ketika sedang marah anak, jangan sesekali menjawab pertanyaan pelanggan. Kurangkan berkongsi di fb kita sakit, kita demam, kita itu dan ini.
Kadangkala ia menyebabkan banyak tanggapan dan tafsiran berbeza. Tanggapan pelanggan kita bukan usahawan yang pandai mengurus emosi. Sebaiknya berbincang dalam kumpulan tertutup yang lebih kita ketahui status rakan-rakan sebagai tempat berkongsi masalah.
3. Jarakkan diri orang-orang yang negatif, mulut celupar, emosi tak stabil. Mereka ini tak perlu disekeliling kita.
4. Ini yang utama, kita kan ada tempat paling seronok untuk adu domba. Adu kepada DIa, tidak pernah tidak ada yang dibalas dengan kebaikan.
5. Hidup sangat buang masa untuk melayan perasaan negatif, orang-orang negatif. Gerak ke depan lihat apa yang bersinar setiap hari.
.
.
Jom baca lebih banyak tip urus masa, urus emosi, urus tenaga dalam EBOOK SUPER WAHM SUPERMOM
Ebook bonus pendaftaran ke kelas online blog ABDR

No comments:

Post a Comment