Thursday 11 February 2016

AINA & GETAH RAMBUT

Teks : Noryani Ab Hamid
Sumber : Google

Tengah khusuk buat kerja anak telefon ajak pergi BP Mall. Yang membuatkan aku terhibur pergi BP mall semata-mata nak beli getah rambut. Alasan nak pergi jalan-jalan lah tu.

Aina : Hello mama, petang ni mama balik lambat ke cepat?
Mama : Balik awal dalam pulul 3.30 sebab hari khamis hari ini.( Bestnya orang johor hari khamis balik cepat )
Aina : Mama, balik nanti kita pergi BP Mall jom.
Mama : Lah nak buat apa pergi BP Mall?
Aina : Kakak nak beli Getah Rambut.
Mama: What? pergi BP Mall semata-mata nak beli getah rambut.
Aina : Boleh lah mama, getah rambut kakak dah habis.
Mama ; Telefon Abi boleh ke tak, balas aku
Aina ; Ok, jumpa petang nanti.

Kadang-kadang aku terhibur dengan keletah anak aku, ada saja akal dia nak membuat kan kami terhibur. Bukannya tak boleh beli getah rambut kat kedai-kedai biasa. Itulah keistimewaan anak aku. Ok jom solat zuhur. petang nanti nak pergi BPMall.


No comments:

Post a Comment